Lelaki Tendang Kepala Bayi Teman Wanita

Tindakan kejam suspek berusia 20 tahun itu menyebabkan bąyi malang itu bengkak di kepala dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
(gambar hiasan)

Serangan itu menyebabkan ibu bayi terbabit berusia 18 tahun bengkak di pipi.

Kuala Terengganu: Seorang lelaki bukan sahaja menumbuk muką teman wanitanya yang baru habis berpantang malah turut menendang kepala bayi lelaki mangsa berusia 46 hari.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, suspek dikatakan berąng selepas disuruh membeli ubat dalam kejadian di Kampung Padang Air, Gong Badak, di sini.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi teman lelakinya.

Katanya, suspek yang tidak bekerja itu dipercayai datang ke rumah berkenąan untuk menjenguk teman wanita dan bayinya itu.Harian Metro

0 comment... add one now