Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Terdahulu, Zarina yang memakai baju blaus biru gelap dan berseluar merah jambu serta berselendang coklat mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula kepadanya.
Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini selepas mahkamah mendengar keterangan enam saksi pendakwaan.
Zarina didakwa melakukan kesalahan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000.