Cerah sungguh masa depan anak Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana apabila berpeluang berlakon dalam drama seawal usia setahun dan dibayar pihak produksi belasan ribu ringgit hanya untuk 11 episod.
“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap,” jelasnya kepada BH Plus selain menyatakan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah bertujuan untuk mempergunakan anaknya sendiri.
Bagaimanapun menurut Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen. Che Ta menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya dan seperti biasa, pelakon ini tidak pernah terkesan dengan suara negatif dan akan melakukan apa yang terbaik buat keluarga.
“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang. Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi”
“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya. Tambah Che Ta lagi, Aaisyah turut terlibat dalam lakonan kerana Che Ta hanya akan berlakon di ibu kota, bagaimanapun terdapat lakonan yang terpaksa dilakonkan di Perlis, jadi pelakon tersebut perlu membawa anaknya itu sekali.
Semoga nanti baik-baik belaka ketika penggambaran malah Zain Saidin juga turut dijemput sebagai pelakon undangan. Bagi peminat Che Ta, ini pastinya saat yang dinantikan untuk melihat keluarga ini berlakon bersama. Sweet,kan?-RotiKaya