Pelakon Bakal Bercerai Dengan Menteri



Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.

Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira pukul 3 petang Isnin.


Reezal Merican Naina Merican

Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi mStar Online bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.

"Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya.

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.

0 comment... add one now