Terbongkar Lagi Rosmah Penaung YaPIEM

ADAKAH BENAR YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) MILIK YaPEIM DINAUNGI OLEH DATIN SERI ROSMAH MANSOR?


Saya telah membuat beberapa siri pendedahan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana program-program luar negara yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Hal Ehwal Islam termasuk di Washington D.C, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis yang dibiayai menggunakan wang YaPEIM telah disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan bertarikh 27 April 2009 yang bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.

Berdasarkan laporan tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Dato’ Seri Jamil Khir.

Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu sebanyak RM 4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak RM 5 juta.

Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.

Ini menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato’ Seri Jamil Khir seperti berikut:-

1. Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada PEMANGKIN?
2. Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
3. Adakah benar penubuhan PEMANGKIN adalah sebagai usaha bagi menangani masalah anak yatim dan miskin?
4. Apakah rasional untuk PEMANGKIN terlibat dengan penganjuran Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan di luar negara?
5. Berapa ramai anak yatim dan miskin yang dapat dibantu oleh PEMANGKIN sekiranya wang YaPEIM tidak dibazirkan untuk perbelanjaan program-program luar negara dan sebaliknya digunakan untuk tujuan amal jariah anak yatim dan miskin?
Berdasarkan fakta yang dikemukakan, ini jelaslah menunjukkan apa-apa sumbangan atau wang yang diterima atau disalurkan kepada PEMANGKIN termasuk duit orang ramai dan dana daripada YaPEIM adalah untuk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah bantuan anak yatim dan miskin.

17 NOVEMBER 2015

AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)



sumber http://media-info-semasa.blogspot.my/2015/11/terkini-now-bongkar-bukti-terbaru.html

0 comment... add one now