Video Siti Nurhaliza Mengandung

Banyak kali keluar spekulasi mengatakan siti Nurhaliza mengandung namun setiap kali itu juga dinafikan tuan empunya badan.Namun kali ini berbeza apabila Siti dalam video yang ditemuramah wartawan tidak menafikan bahawa dirinya mengandung.

@501Awani: Video komen Siti Nurhaliza berkenaan spekulasi yang tersebar hari ini.
Posted by Astro AWANI on Sunday, November 8, 2015
Edited by babyorange at 8-11-2015 04:54 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil. Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.

Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu.

Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini. BH Online mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran itu benar.

0 comment... add one now