Keluarga Xiaolei menyaman keluarga wanita itu dan meminta supaya mereka memulangkan semula wang serta barangan yang pernah diberikan anaknya itu.
(Gambar hiasan)
ANHUI - CHINA. Seorang lelaki membunuh diri dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan gara-gara tertekan untuk menyediakan wang hantaran tinggi kepada keluarga tunangnya, dakwa ibu-bapanya.
Xiaolei melangsungkan pertunangan bersama pilihan hatinya, Lanlan sejak Disember lalu dan diminta untuk menyediakan 10,000 yuan kepada keluarga perempuan serta beberapa barangan lain yang bernilai lebih 30,000 yuan.
Malah, keluarga tunangnya turut meminta wang 20,000 yuan serta hadiah seperti rokok dan arak sebulan kemudian.
Gaga-gara tertekan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka, Xiaolei didakwa membunuh diri dengan terjun dari bangunan di sebuah tapak pembinaan tempat dia bekerja di Shanghai.
Memetik laporan CCTVNews, ibu-bapa Xiaolei menyalahkan keluarga wanita itu yang menjadi penyebab kematian anak mereka.
Walau bagaimanapun, mahkamah hanya memerintahkan keluarga terbabit mengembalikan semula wang.
Tradisi menyediakan hantaran kepada bakal keluarga mertua sudah menjadi amalan di China sebagai tanda 'perpisahan' kepada keluarga sebelum berbakti kepada keluarga suami.
Pada zaman moden, tradisi ini semakin kurang diamalkan dan kebiasaanya hanya dipratikkan di beberapa daerah terpencil di China.