Penjelasan Izara Aisyah Bercium Hingga Berbunyi


Izara Aisyah dalam filem Sinaran arahan pengarah Osman Ali menafikan babak bercium yang dilakukan.

Sebaliknya kata Izara ia hanyalah helah kamera.
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku," ujarnya.
"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton.

Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif," jelas Izara Aishah yang membawa watak sebagai Tina menerusi filem tersebut.
Filem tersebut bakal menemui peminat pada 26 November ini.

Susah juga ya, mahu menjayakan watak dengan bersungguh-sungguh dan untuk menghentikan tohmahan peminat. Apa pun Izara tidak bercium. -Sumber: MediaHiburan

1 comment... add one now

amaran amaran 9:02 PM
mahu lah jadi pelakonnya