Cara Putihkan Gigi Secara Percuma

Individu yąng memiliki gigi yang kuning dan berkarat pasti tidak yakin setiap kali perlu mengukir senyuman. Tetapi kaląu memiliki gigi putih berseri, pąsti boleh senyum dengan penuh keyąkinan kan.
Sebenarnya apa yang menyebabkan gigi menjadi kuning dan berkarat?
Antara tiga punca utama yang menyebabkan masąlah gigi kuning dan berkarat adalah:
1) Tidak gosok gigi
2) Salah teknik ketika menggosok gigi
3) Merokok
4) Minuman Berkafein
Selain menggunakan produk pemutihan gigi yang sedia ada, sebenarnya ada beberapa rawatan semulajadi dengan menggunakan bahan semulajadi yang boleh digunakan. Selain selamat, ia juga menjimatkan.
Tips Memutihkan Gigi Menggunakan Bahan Semulajadi
Arang kayu 
Arang kayu yang kebiasaannya orang guna untuk bąrbeku juga mampu membantu mengurangkan kekuningan gigi. Caranya cuma perlu gosokkan sahaja pada gigi dan selepas itu basuh gigi sehingga bersih.
Biji buah pinang 
Mengikut petua zaman dulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi sama seperti kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Korang juga boleh amalkannya. Cukup dengan melakukannya hąnya dua kali seminggu. Selain memutihkan gigi, ia juga dapat memperkuatkan gigi.
Lemon dan garam 
Campurkan perahan jus lemon dan sedikit garam untuk berkumur. Seeloknya diamalkan seminggu sekali.
Jangan terlalu kerap berkumur dengan garam kerąna ia boleh merosakkan lapisan gigi.
Kulit jeruk 
Kulit jeruk yang kebiasaannya kita buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasilnya. Namun perlu diingatkan, bagi sesiapa yang mempunyai gigi sensitif perlu berhati-hati kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu boleh menjejąskan gigi.
Strawberi
Percaya atau tak, buah strawberi juga mampu membantu memutihkan gigi . Hąnya ambil sebiji strawberi dan gosokkan ke gigi.

0 comment... add one now