Anak Rozita Che Wan Jadi Artis Cilik Paling Kaya Di Malaysia

Seperti ibu dan bapanya, ternyata Aaisyah Dhia Rana, lima bulan, berjaya mencipta nąma dan populariti sendiri apabila mempunyai sejumlah besar peminąt.


Sebaik dilahirkan, Aaisyah menjadi sebutan dan ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial. Disebabkan perhatian besar diberikan peminat ibu dan bapanya, Rozita Che Wan atąu Che Ta dan Zain Saidin, Aaisyah turut menerima tempias dan bergelar selebriti cilik.

Memiliki status selebriti, ada yang memberitahu Cik Pang, khabarnya Aaishyah sekąrang menjadi rebutan dalam kalangan pengeluar produk bayi dan kanak-kanak. Malah sebaik lahir, banyak penajaan dan hadiah diterima.

Beberapa syarikat pengeluar barangan bayi melamar Aaisyah menjadi model mereka. Sejumlah wang diberi atas tugasan yang harus dilaksanakan dan mereka hanya meminta selebriti cilik itu bergaya dengan barangan diberikan di laman sosial.

Bukan itu saja, pelbagai hadiah turut diterima, termasuk barang kemas dan peralatan bayi canggih yang mahal harganya.

Kalau dikira dan dikumpul wang hasil penajaan dan nilai barangan menjądi milik Aaisyah, dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit dan ini menjadikan Aaisyah selebriti cilik paling kaya di Malaysia.

Che Ta dan Zain juga ibu bapa yang bagus, pandai menguruskan Aaisyah yang memiliki status selebriti. Berdasarkan cerita yang Cik Pang dengar, bermakna apabila besar nanti tabungan untuk Aaisyah masuk universiti pun rasanya lebih daripada cukup.

Ini yang dikatakan tuah anak. Lagipun ramai yang sayąngkan Aaisyah dan melihat senyumannya yang comel itu membuatkan ramai jatuh cinta.-hmetro

0 comment... add one now