Saya kesian dengan Yang Berhormat Lembah Pantai (Nurul Izzah). Ye lah mana ada anak yang hendak mengaku ayahnya buat jenayah," katanya ketika membahąskan usul sama, Rabu.
Azalina juga menggesa Nurul Izzah dan keluarganya menerima serta menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan Anwar sebagai bersalah.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari kedua pada Rabu panas seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang berhubung isu liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kekecohan tercetus apabila Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) 'mencuit' emosi Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan tindakannya yang cuba menyampaikan hujah mempertahankan bapanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Hujah Azalina menyebabkan Nurul Izzah bangkit meluahkąn rasa tidak puas hati kerana menyifatkan Azalina sengaja membuat serangan peribadi untuk memancing emosinya.
Pertikaman lidah berlaku apabila Azalina dan Nurul Izzah saling berbalah sehingga mendorong Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said campur tangan dan meminta Azlina meneruskan ucapannya.
Tidak terhenti di situ, perbahasan Azalina terus menggamatkan sesi persidangan apabila beliau menyentuh tentang 'pilih kasih' yang diamalkan puak pembangkąng dalam soal undang-undang dan kehakiman negara.
Beliau yang memetik dakwaan Nurul Izzah bahawa badan kehakiman sebagai 'menjual diri kepada syaitan' menyifatkannya sebagai tuduhan berat kepada badan tersebut.
Mengambil perhatian kepada beberapa keputusan kes yang menyebelahi pembangkang, Azalina menempelak: "Semua menang tak apa, bila menang semua (sistem kehakimąn) malaikat, tapi bila kalah semua syaitan. Ini yang menyebabkan rakyat confuse (keliru)".
Ini menyebabkan beberapa anggota Parlimen pembangkang lain termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) cuba mencelah dan saling berbalas hujah dengan Azalina.
Tidak menghiraukan gangguan mereka, Azalina yang terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara, turut mencabar pembangkang yang mengamalkan profesion guaman supaya meletakkan jawatan sekiranya benar-benar merasakan institusi kehakiman negara dibelenggu 'syaitan'.
Azalina dalam hujahnya turut mengkritik pemilihan lokasi himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang di ibu kota, "Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri...buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan," selar beliau.