JAWI Sahkan Hantaran RM1.85 juta Anak Najib Adalah Palsu

Pasangan pengantin baharu, Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa pada majlis akad nikah di Seri Perdana, Putrajaya.Salinan sijil nikah yang disertakan Jawi menunjukkan wang hantaran Nooryana Najwa sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, ruangan barangan hantaran dikosongkan.

Gambar salinan sijil nikah Nooryana Najwa menjadi viral beberapa hari sebelum majlis pernikahan itu berlangsung dengan mendakwa dia akan menerima AS$500,000.


PETALING JAYA: Anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa tidak menerima wang hantaran bernilai AS$500,000 (RM1.85 juta) kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menerusi kenyataannya, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, sijil nikah Nooryana Najwa yang menjadi viral di laman media sosial adalah palsu.

"Sijil nikah itu adalah palsu kerana jumlah wang dan barangan hantaran adalah tidak benar.

"Sijil itu juga tidak ditandatangani pendaftar nikah Jawi," kata Paimuzi.

Graduan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat berusia 27 tahun itu bernikah dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev pada majlis akad nikah yang disempurnakan Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu.


Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dan Pekan, Pahang akhir bulan ini.-mStar Online

0 comment... add one now