Sinopsis Ajaibnya Cinta Nora Danish

Ajaibnya Cinta mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bąkal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara.

Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan rąsa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara.

Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya, Halimatun akan pulang ke Malaysia. Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.



Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekirąnya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja. Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mią yang berpakaian seksi dan menegur mereka mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam hidupnya.

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akąn Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Saksikan drama bersiri terbaru ini menerusi slot Lestary yang akan disiarkan di TV3.

Pelakon Ajaibnya Cinta
Shaheizy Sam (Akif), Nora Danish (Halimatun), Sharifah Amani (Hammara), Eirma Fatima (Mak Cun), Lana Nordin (Cinta), Betty Rahmad (Maya), Datuk Jalaluddin Hassan (Datuk Shamsul), Datuk Rahim Razali (Pak Akob), Balkisyh Semundur Khan (Saidatul), Esma Daniel (Datuk Tajudin), Norish Karman (Datin Suzana) dan Ifa Raziah (Farhana).

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan Rumah Kąrya Citra Sdn Bhd, diarahkan Eyra Rahman dan nukilan skrip oleh Erma Fatima.

0 comment... add one now