Sentiasalah mengawasi anak anda sebelum nasi menjadi bubur.Dengan gejala sosial yang semakin meningkat ekoran kecanggihan teknologi semasa,anak anda bakal jadi mangsa eksperimen sx pertama.
SEORANG buruh berusia 19 tahun ditahan seorang anggota polis selepas disyaki merogol gadis bawah umur di Miri, semalam. – GAMBAR/IHSAN PDRM
MIRI 10 Mac -Seorang buruh berusia 19 tahun ditahan polis semalam kerana disyąki merogol seorang gadis bawah umur di sebuah rumah di Vista Perdana di sini pada Februari lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek yang masih bujang ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang surirumah yang mendakwa pemuda itu telah merogol anak angkatnya berusia 12 tahun pada 16 Februari lalu.
Dalam laporannya, beliau berkata, wanita berusia 48 tahun itu memaklumkan anak angkat yang dijaga sejak lahir telah menghilangkan diri pada petang hari kejadiąn dan disyaki mengikut suspek pulang ke rumah.
“Apabila mangsa tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam, ibu angkatnya bertindak membuat laporan berhubung kehilangannya di Balai Polis Lutong di sini.
“Mangsa pulang ke rumah keesokan hari dan mengaku mela*kukan hubungan seks bersama suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tian Kee memberitahu, mangsa mendakwa telah melakukan hubungan intim di bilik suspek dan kejadian itu merupakan pengalaman seks pertama gadis bawąh umur yang masih bersekolah itu.
Katanya, ibu angkat mangsa memang mengetahui tentang hubungan cinta anaknya dengan suspek yang baharu dikenali kira-kira seminggu sebelum kejadian.
Tambahnya, pada hari kejadian, dia turut melihat anaknya menaiki motosikal bersama suspek untuk bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan.
“Ekoran laporan dibuat oleh ibu mangsa, gadis bawah umur itu dibawa menjąlani pemeriksaan di hospital dan disahkan ada kesan ko*yakan baharu pada alat sulit,” katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-utusan