Gunung Datuk Rembau Tempat Penunggu

Saya selalu berada di kaki gunung ini. Kadang-kadang saya lihat ada pendaki bersikap sombong, terlalu yakin dan bercakap besar.

"Masuk ke kawasan hutan perlu jaga adab dan pantang larang. Bayangkan kita pergi ke rumah orang tapi tidak menghormati tuan rumah, pasti mereka marah. Lebih-lebih lagi Gunung Datuk adalah gunung yang menjadi tapak adat ratusan tahun lalu," katanya.

REMBAU: "Ini gunung beradat, tak boleh kurang adab," kata Zakaria Ahmad, 55, penduduk Kampung Batang Nyamor di sini, yang terletak di kaki Gunung Datuk.

Beliau yang pernah menjaga lebih 30 dusun di kaki gunung itu ketika muda, mendakwa segelintir pendaki yang datang ke kawasan itu, kadang-kala dilihat tidak peduli mengenai adab memasuki tempat orang.

Dakwanya, mungkin sikap sedemikian tidak digemari penghuni alam ghaib yang menghuni kawasan hutan di gunung itu sejak sekian lama, seterusnya menghukum mereka dengan membuatkan mereka kehilangan arah.

Mengikut sejarah, puncak gunung ini pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang, iaitu tokoh penting yang menyusun Adat Perpatih di negeri ini, sebagai lokasi berkumpul semua ketua adat dan pengisytiharan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga Adat pada tahun 1372.


JABATAN Perhutanan sudah memasang tanda pita keselamatan disetiap lorong tikus yang terdapat di Gunung Datuk bagi mengelak pengujung daripada sesat ketika mendaki ke puncak. - Foto Hazreen Mohamad

Hampir keseluruhan laluan pendakian yang digunakan ketika itu dikatakan kekąl sehingga hari ini, sama ada oleh pendaki rekreasi, penduduk tempatan mahu pun kumpulan atau individu tertentu yang mendaki untuk tujuan kerohanian.

Sementara itu, jurupandu arah Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad, Aziz Fitri Dahlan, 33, berkata unsur mistik dan gunung berkenaan tidak dapat dipisahkan kerana menjadi tempat pelbagai upacara kerohanian atau kebatinan dijalankan.


"Sejak dulu, selain menjadi tempat penduduk kampung sekitar dan orang dari luar datąng untuk membayar nazar, gunung itu turut menjadi tumpuan pengamal ilmu persilatan dan perbomohan bertapa untuk menguji ketahanan diri.


"Mengikut cerita orang, mereka mengelak daripada terserempak dengan orang lain dan bertapa selama beberapa hari, malah berminggu-minggu di kawasan sunyi di puncak gunung ini. Saya difahamkan, aktiviti itu masih berterusan sehingga kini," katanya.

ANTARA mangsa yang tercedera ketika berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas sesat ketika mendaki di Gunung Datuk.. - Foto BOMBA

Bekas Ketua Kampung Batang Nyamor, Yunos Mhd Yusof, 65, yang bertanggungjawab memperkenalkan gunung itu sebagai kawasan rekreasi pada lewat tahun 1990-ąn, mengesahkan gunung itu sememangnya menjadi tumpuan dua kategori pengunjung.

Katanya, golongan pertama ialah penduduk tempatan serta orang luar yang mendaki untuk tujuan rekreasi, manakala satu kumpulan lagi ialah pengamal ilmu kebatinan yang menjadikan puncak gunung itu sebagai tempat bertapa atau upacara lain.

Sementara itu, Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Azrul Ekhuan Eliah, berkata faktor unsur mistik dalam kes pendaki sesat tidak boleh dinafikan kerana kadang-kala punca kejadian itu tidak dapat dijelaskan.

"Ada pendaki beritahu tidak nampak trek secara tiba-tiba dan mendaki atau menuruni gunung dalam bentuk pusingan. Mereka sendiri tidak tahu bagaimana boleh tersasar sedąngkan sebelum itu berada di laluan betul," katanya.

Beliau berkata, walaupun begitu, ada juga kejadian sesat berlaku disebabkan kecuaian pendaki sendiri yang tidak bertanya mengenai trek pendakian di kaunter pendaftaran, selain mendaki ketika waktu gelap.

0 comment... add one now