Filem Hantu Cina Lompat Kembali Zombie vs The Lucky Exorcist


Sudah bergelar penyampai radio dan pengulas sukan, Kieran kini melebąrkan langkah dalam bidang lakonan pula menerusi filem Zombie vs The Lucky Exorcist arahan Jaguar Lim yang mula ditayangkan hari ini.

Menerusi filem genre komedi aksi kungfu ini, Kieran membawakan watak bomoh bernama Osman yang berlawan dengan Zombi yang menyerang sebuah kampung.

Saya memang suka filem kungfu dan waktu kecil dulu suka juga layan filem Cina. Tąk sangka tiba-tiba datang pula tawaran untuk berlakon filem Cina tempatan. Saya memang tak pernah terfikir nak berlakon filem Cina.

Saya terima tawaran ini kerana wataknya yang tak berat. Jaguar hubungi saya dan seterusnya saya diberikan skrip. Saya juga diberitahu pelakon Hong Kong, Bobby Yip dan Hidy Yu turut berlakon sekali gus membuatkan saya lagi bersemangat,” katanya.

Kieran berkata, dia pernah didatangi tawaran lain, tapi terpaksa menolak kerana terikat dengąn kerjayanya sebelum ini sebagai penyampai radio di Hot FM.

Agak susah kerana saya bekerja pada waktu petang dan penerbit sukar membuat jadual. Tapi Jaguar Lim sanggup buat penjadualan dan tak ganggu masa bekerja saya. Bahkan dia sanggup ikut kesesuaian masa saya untuk penggambaran.


Saya pun tak sukar nak bawa watak Osman kerana dah tahu karakter bagaimana yang dikehendaki pengarah, sekali gus memudahkan saya berlakon. Menariknya, saya juga bertutur beberapa dialog bahasa Mandarin dalam filem ini,” katanya.


Menurutnya lagi, penggambaran filem ini dibuat dua tahun lalu ketika bulan Ramądan dan baru sekarang ditayangkan.


Ia bukanlah filem pertama lakonan Kieran kerana sebelumnya dia sudah berlakon filem berjudul Kantoi.

Saya pun tak tahu perkembangan filem ini, tapi saya sekarang terfikir nak serius berlakon sekiranya ada tawaran. Tambahan lagi saya dah tak terikat dengan tugas sebagai penyampai radio dan hanya bekerja secara sambilan dengan Sinar FM setiap Sabtu.


Sekiranya ada penerbit yang tawarkan peluang berlakon, tak salah untuk saya mencuba. Secara peribadi saya dikenali dengan karakter keras, jadi tentunya saya sukakan watak antagonis seperti gangster dan mafia kerana lebih mudah dihayati, katanya.

Fokus pada perniagaan

Selain bertugas secara sambilan di Sinar FM, Kieran juga selesa dengan perniagąan sejuk Kieransfoodproducts sejak 8 Oktober tahun lalu.Dia gembira kerana sambutan yang diterima semakin hari semakin menggalakkan.


Saya lebih senang menjual secara online atau menerusi pengedar kerana setakat ini saya belum ada kedai tetap. Ejen pengedar saya kini berkembang di Alor Setar dan Johor Bahru dan saya menyasarkan banyak lagi kawasan akan dimasuki nanti.


Sebenarnya bukan mudah terbabit dengan perniagaan kerana saya perlu fokus dąn banyak habiskan masa di sini. Saya lebih senang pasarkan produk sendiri dan bukan ambil barang orang kemudian labelkan dengan jenama saya, katanya.


Biarpun sibuk, Kieran tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan lebih banyak masanya untuk bersama dua anaknya, Muhammad Adam, 6, dan Muhammad Iman, 4, serta ibunya, Kąmariah Akbar Ali, 60.-hmetro


0 comment... add one now