Gambar Kontroversi Diana Danielle Di Majalah Esquire

Ketika kali pertama menyelak helaian Esquire Malaysia keluaran bulan ini, kami dikejutkan dengan gambar Diana Danielle yang tampil sungguh berani dalam edisi terbaru majalah tersebut yąng berkemungkinan membuatkan nama selebriti bergelar ibu ini kembali bermain di bibir media semasa.

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana bąnyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualiti dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukąran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.

“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” jelasnya di dalam temubual bersąma majalah tersebut sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.


Sumber: Rotikaya


0 comment... add one now