Wanita Muat Naik Status Bunuh Diri Sebelum Terjun Bangunan

Seorang wanita muda memuat naik status mahu membunuh diri di facebook sebelum terjun dari tingkat enam pasaraya Centre Point Kota Kinabalu Sabah.

Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga semoat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya.


Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam sebuah blog menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu:

Berita terkini gambar wanita bunuh diri di Centre Point (CP) KK Sabah pada 9 Mei 2014. Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chae.

0 comment... add one now