20 Ayat Kutukan Bernas Untuk JAKIM Halalkan Coklat Babi

Dua hari lepas telah tersebarnya satu dokumen yang melaporkan coklat Cads (nama manja Cadbury) ada babi. Sebelum tue orang ragu2. Cads ataupun Cabs? Almaklumla. Ejaannya Cabbury. Salah eja satu huruf pun boleh buat orang keliru sebab macam2 jenama pelik2 wujud di pasaran sekarang.

Namun Cads menafikan pada awalnya sebelum dikantoikan oleh KKM pada keesokkannya harinya (semalam). Rujuk sini untuk episode kedua.

Selepas kantoi ini respon Cads yang sangat tidak malunya.






Ini adalah versi BM pula ;


Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.



Sumber : sini

Kenyataan JAKIM pula boleh rujuk sini.

Cubaan memperbodohkan rakyat oleh JAKIM tetapi sayangnya aku bukan bodoh untuk percaya bulat2 apa yang ko sampaikan JAKIM. Aku ada banyak sebab untuk tidak mempercayai kau. Boleh google lepas2 apa yang aku tulis pasal kau.

HAHAHA..

JAKIM ;

1. Ko cakap ko sentiasa melakukan pemeriksaan berkala ye? Jika selalu macam mana ko bolehterlepas isu ramuan babi dalam coklat Cads baru2 ini?

2. Ko ingat Cads jenis masak coklat hari neh esok edarkan ke?

3. Makan masa la sikit sebelum coklat2 itu tiba di pasaran.

4. Ko buat semakan berkala jenis bagitau dulu ke ataupun datang secara mengejut?

5. Ini bukan kali pertama logo JAKIM yang ada label HALAL tetapi hakikatnya ianya adalah HARAM.

6. Sebelum neh membabitkan product seperti mee, bihun pun ada.

7. Bila ko dah tengok umat islam asyik kena tipu aje dengan peniaga2 sepatutnya dah boleh sangat dah ko tukar cara ko buat kerja.

8. Setiap product yang keluar pada hari itu sepatutnya diserahkan terus kepada JAKIM untuk diperiksa secara harian.

9. Buat kerja lebih sikit apa salahnya memandangkan korang pun bukannya buat kerja sangat.

10. Kalau korang buat kerja sangat takde la kes pengguna muslim termakan coklat babi.

11. Kalau korang buat kerja sangat takan biar menteri sendiri lawan qazaf.

12. Kalau korang buat kerja sangat takde la kes menteri terguna duit zakat untuk bayar kos guaman.

13. Setakat karang khutbah untuk kutuk pembangkang boleh je. Sanggup fikirkan cara macam mana nak hasut rakyat benci pembangkang boleh pula.

14. Siap anjur forum untuk kutuk PAS lagi.

15. Sebarkan buku untuk lawan PAS pun ada.

16. Sanggup perbodohkan diri dalam isu syiah pun tak kurang hebatnya. Bukti A, B, C semua ada.

17. Tapi soal halal haram diabaikan sedangkan itula tugas terpenting korang pun.

18. Pelekat2 tue semua bukannya percuma. Berbayar pula tue.

19. Duit dah dapat tapi kerja macam HAPRAK.

20. Bila kantoi orang lain semua salah tapi JAKIM tak pernah salah. Tak pernah cuai. Tak pernah lalai. Logik meh?

LOGO HALAL sapa yang keluarkan?

JAKIM.

Jadi sudah semestinya jika UMAT ISLAM termakan COKLAT BABI yang ada COP HALAL adalah KESALAHAN kau.

Macam mana ko boleh tunding jari kat orang lain atas KESALAHAN diri kau sendiri wei JAKIM?

Ko buat kerja berkala? Memantau apa bagai? BODOH la lue. Lue nak kelentong sapa?

JANGAN NAK SEMBANG LA WEI.

Kalau ko buat kerja sangat takde la kes kasino kat genting tue. Takde la kes seven e jual arak. Secara terbuka. Budak2 kecik semua boleh beli dah. Aku tengok pun tatau nak cakap apa. Dalam ahti tak suka gak tengok dak2 melayu tue beli arak tapi apa je aku boleh buat. Dorang satu geng. Aku sorang. Hanya mampu perhatikan aje la. Kang tak pasal2 arwah aku.

Boleh tahu sangat yang JAKIM tak memainkan peranan yang BETUL dalam mengembangkan ajaran ISLAM yang tepat. Yang depa buat ialah salahkan pembangkang, kristian, atheis dan semua orang. Yang tak salah BN, menteri2 dan JAKIM.

Dalam isu coklat babi. Suka diingatkan semua orang sudah pun memakan babi.

Baik budak2 mahupun orang dewasa. Nampaknya babi bila masuk dalam coklat sedap juga ek. Sampai menjilat jari you. Bahkan JAKIM juga lemah dalam menasihati kerajaan mengenai makanan ringan dari CHINA yang terdapat banyak logo halal palsu. Bukan itu sahaja, JAKIM juga gagal memainkan peranan agar penguatkuasa kita membendung pengimportan coklat2 dari CHINA yang tidak mematuhi spesifikasi kesihatan yang sepatutnya. JAKIM patut luangkan masa untuk bekerjasama dengan NGO dan individu2 yang mendesak agar coklat2 dari negara CHINA dilarang untuk diimport bahkan mana2 premis yang menjualnya patut dikenakan tindakan yang tegas.

Jika PDRM ada rakan cop, JAKIM pun boleh buat rakan JAKIM.-sumber Amenoworld.blogspot.com

0 comment... add one now