Sejak aku masuk bod mps ni.. dalam 8 bulan lepas… aku selalu gak rasa seram2… walaupun seram.. walaupun takut…tetap nak jugak masuk bod ni.. dah macam addicted gitu… kadang2 terbawak2 sampai ke rumah… tapi bila kita dah ada anak2.. kita kena jugak buat2 berani… walaupun dalam hati takut… dan kita kena pandai handle bila berdepan dengan situasi macam ni…
Sambungan dari part 1
Satu malam tu aku sedang basuh pinggan, anak aku yang sulung panggil.. mama, mama ada orang kat luar… aku tanya siapa? Anak aku jawab taktau… aku pun pergila tengok… takde sapa pun.. kalau orang… kenapa tak tunggu… kenapa lari…
Aku pun tanya anak aku orang dia macam mana? Anak aku cakap budak macam abangla… kalau budak2… kenapa dia nak lari… tak nampak pun budak2 dok main kat luar tu…
Hati aku dah dup-dap dup-dap… haiya… husband aku pulak takde.. pegi keje… aku pun dengan garangnya ketuk pintu tu… aku cakap … jangan dok kacau anak-anak aku ya… kalau tak siap hang…
Aku biarkan pintu terbuka seketika… nak tengok gak.. kot2 budak2 mai2… takde.. lama2 aku tutup pintu terus… sejak tu, tiap2 malam aku tutup pintu… tak biarkan terbuka lagi dah…
Baru-baru ni… tapi yang ni macam aku berkhayal… aku tengah susukan babygirl aku dalam bilik… tiba2 aku terlelap… dalam aku terlelap tu aku terasa macam anak aku panggil aku.. mama, mama ada orang mai… bila aku bangun sambil dukung baby, aku tengok depan pintu… ya Allah… cikpon tengah tersengeh nak masuk… tiba2 aku terjaga… seram sejuk satu badan… terus aku bangun… dukung baby… baca doa.. yang dalam hati dok dup-dap-dup-dap… terus tutup pintu… takutla benda tu masuk nak menumpang kan… waktu dok tulis ni pun.. hati dup-dap dup-dap lagi… yang aku tak tutp tu bukan apa… husband aku keluar jap gi kedai.. so aku malas la nak tutup.. satgi nak kna bangun buka pulak… hissshh… seramla…
Benda ni terjadi pada uci aku… disebabkan hasad dengki dan iri hati jiran sebelah rumah … maka uci aku yang terkena azabnya… waktu ni tokwan aku dah meninggal dah… pakcik aku speku.. sakit lutut yang dialami tokwan aku sebelum dia meninggal pun kerana perbuatan jiran durjana ni la…
Selepas tokwan aku meninggal… sakit tu berpindah ke uci aku pulak. Kiranya uci aku merana dari tahun 1999 hinggalah ke akhir hayatnya 2006… benda tu bila berubat.. dia keluar.. tapi lepas tu dia masuk balik… tak serik2 jiran tu menyakiti uci aku…. selepas tokwan aku meninggal, sewaktu cuti semester yang panjang (4 bulan tu).. aku pun lepakla umah uci aku… rumah uci aku ni corner lot sbb tu lah digilai sangat oleh jiran durjana ni.. kalau arwah uci aku meninggal.. dan anak2 uci aku jual rumah ni.. bolehla dia satukan dua lot… so besarla rumah dia kan…
Aku kalau duduk kat rumah uci aku ni.. aku memang rajin… sbb aku suka menyangkul… lalang yang setinggi pinggang aku tarah licin sampai nampak tanah… sebab tu la aku ni kesayangan uci aku… semester aku diisikan dengan aktiviti yang best bersama uci aku… sampaila satu hari… uci aku tiba2 mengadu sakit kepala teruk sangat… aku rasa pelik, tak pasal2 sakit kepala… aku pun pegang telinga uci aku dengan ibu jari… bila aku pegang telinga uci aku, mula2 panas.. dah tu sejuk.. lepas tu akan terasa macam ada benda merayap kat jari ibu jari… sah.. uci aku ni dah terkena…
petua pegang telinga tu aku dapat dari toklang aku… taktaula sbb jari tu ke atau memang firasat aku yang kuat… aku bagitau maksu aku… pastu maksu aku terus telefon pakcik idi aku… bgtau pasal hal ni… pastu aku call ayah aku.. ayah aku cakap… bawak uci balik rumah ayah aku… bila dengar nak bawak berubat… uci aku mula merengek takmau pi umah mat (rumah ayah aku la tu)… takmau pi umah mat… yang syoknya… jiran sebelah umah uci aku leh la pulak kumpul habis jiran2 berdekatan rumah uci aku… dia boleh habag kata uci aku ni sakit… mana dia tau uci aku ni sakit.. kami bukan pernah bercakap dengan dia pun… sebelum kami balik perlis.. berkumpulla jiran2 aku ni kat umah uci aku… dok tanya khabar uci aku… yang jiran durjana ni mai dengan kain tuala good morning je tutup rambut dia.. memang stail dia macam tu…
Bawak balik perlis… ayah aku bawak uci aku berubat kat satu perawat ni tok sabu namanya… dia pun kata bukan orang jauh.. orang dekat sangat ni.. tok sabu kata perasan tak tiap2 petang jiran ni dok bakar sampah kat sempadan rumah dia dengan rumah uci aku… kat setiap taman perumahan akan ada tanah sikit kat luar pagar untuk orang tanam apa2 kan… jiran uci aku ni tanam pokok jambu air tapi tak pernah berbuah pun… so tiap2 petang jiran durjana ni akan buat2la bakar daun jambu yang gugur untuk jamu setan dia.. kiranya setan dia dok berlegar jelah depan pagar..
tunggu waktu badan uci aku lemah je..aku pun tak perasan bila badan uci aku lemah.. yang aku tau uci aku tak demam pun.. Cuma aku syak.. ada satu petang tu aku teman makcik an aku nak pegi ganti maksu aku... dpa ni berganti2 masuk kerja… so makcik an aku masuk keja.. aku pun balik dengan maksu aku pulak… (buat macam ni baru ada orang teman uci aku kat rumah… kan aku belajar.. ni dah cuti baru lepak kat umah uci aku.. bila aku takde.. dpa tinggal bertiga je la).. tiba2 guruh ngan kilat macam nak ujan..
aku terperasan maksu aku cakap.. kita kna balik cepat sbb uci aku takut dengan guruh dan kilat.. mungkin sbb tu kot..
Malam tu uci aku duduk telunjur kaki kat ruang tamu.. waktu ayah aku dah berpindah ke kuarters balai polis mata ayer… aku, maksu aku, ada duduk di sebelah uci aku.. waktu ni memang bukan uci aku yang berada depan kami.. rambut uci aku terurai di pipi dia kepala menunduk je.. macam jiran durjana tu la.. buh tuala good morning kat atas rambut… tapi mata dia mengerling ke atas.. memandang pakcik idi aku yang sedang memerhati dia.. lama2.. benda tu mengadu dia lapar..
Malam tu uci aku duduk telunjur kaki kat ruang tamu.. waktu ayah aku dah berpindah ke kuarters balai polis mata ayer… aku, maksu aku, ada duduk di sebelah uci aku.. waktu ni memang bukan uci aku yang berada depan kami.. rambut uci aku terurai di pipi dia kepala menunduk je.. macam jiran durjana tu la.. buh tuala good morning kat atas rambut… tapi mata dia mengerling ke atas.. memandang pakcik idi aku yang sedang memerhati dia.. lama2.. benda tu mengadu dia lapar..
kami pun pi la dapur ambil nasi dengan lauk rebung kegemaran uci aku… benda tu tak makan.. dia pegang je pinggan tu… aku pun bagitau benda tu.. pegi la balik.. keluar la dari badan uci aku… kesian uci aku dah tua… pastu pakcik idi aku suruh tanya sapa yang suruh dia masuk dalam badan uci aku… aku ngan maksu aku pun tanya dia.. sapa yang hantar dia.. dia jawab mak dia… kami tanya la pulak sapa mak dia… dia senyap je.. takpa, aku kata.. mai kami teka.. kami pun sebut semua jiran2 kecuali jiran sebelah umah uci aku sbb kami memang dah syak kata dia… macam2 kami teka..
ani.. eda tonggek.. dakwah.. bertalu2.. sampaila dia jawab..’dakkk…pahhh’… betulla anggapan kami… memang nama jiran sebelah rumah uci aku; pah... aku pun suruh dia balik.. makan balik mak dia.. jangan kacau uci aku.. kalau dia takmau balik.. aku nak baca surah yasin.. dia kata baca la dia tak takut… aku pun baca surah yasin.. yaasin… wal qur’anil hakim.. innaka laminal mursalin.. ‘ala siratimmustaqim.. pastu dia suruh berhenti.. dia kata panas.. aku senyum je… pastu dia kata dia lapar.. aku pun suap dia ngan sudu… dengan sudu ye, takut gak satgi dia gigit jari aku lak… hehehe.. makan 2 mulut… dia kata dia kenyang… dia nak balik… hemm balik la… pastu uci kata, awat idi tengok mak macam tu? Haaaa… uci aku dah kembali… sayang sangat uci aku…
Rindunya kat uci aku.. kalau korang nak tau muka babygirl aku saling tak tumpah muka uci aku… hemmm sayang babygirl aku… dapat gak aku lepas rindu kat uci aku.. hummm rindu… al-Fatihah…
Benda ni tak abis lagi…
Esoknya.. pakcik aku ajak ayah aku amik pagar ubat nak pagarkan umah uci aku.. ayah aku taktau angin apa pagi tu, buat donno je cadangan pakcik aku tu… pakcik aku apalagi bengangla… terus ajak uci aku balik… nak pi amik ubat kat sungai petani, katanya… uci aku macam berat nak balik… yang pakcik aku tak abis2 dok membebel.. tak tau kepala ekor.. last2 aku sound dia.. rasionalla sikit pakcik idi.. wahhh.. pakcik idi aku pun apa lagi menyinga la dia.. dia pun marah aku..
Rindunya kat uci aku.. kalau korang nak tau muka babygirl aku saling tak tumpah muka uci aku… hemmm sayang babygirl aku… dapat gak aku lepas rindu kat uci aku.. hummm rindu… al-Fatihah…
Esoknya.. pakcik aku ajak ayah aku amik pagar ubat nak pagarkan umah uci aku.. ayah aku taktau angin apa pagi tu, buat donno je cadangan pakcik aku tu… pakcik aku apalagi bengangla… terus ajak uci aku balik… nak pi amik ubat kat sungai petani, katanya… uci aku macam berat nak balik… yang pakcik aku tak abis2 dok membebel.. tak tau kepala ekor.. last2 aku sound dia.. rasionalla sikit pakcik idi.. wahhh.. pakcik idi aku pun apa lagi menyinga la dia.. dia pun marah aku..
ooo.. hang la ni dah besar hang dah masuk u hang dah pandai tegur aku rasional la no.. awat hang tak pi tegur ayah hang.. dia ngongngangngongngang apa aku pun dah tak ingat.. yang mata aku asyik dok lawan mata dia je.. lagi marah la pakcik idi aku… ooo.. hang memang berani melawan la ni.. lalu disambarnya cop nyok (besi macam gunting yang orang buka kulit kelapa tu.. alamak..tak tau ke.. nanti tanya pakcik google k..) nak tikam aku dengan benda alah tu la.. yang aku steady je tunggu dia… ntah..
waktu tu aku takdak rasa takut pun.. macam orang sedia nak mati je… last2 ayah aku peluk pakcik aku.. sudah idi… sudah idi.. bawak mengucap di… yang aku, adik lelaki aku nombor dua mai peluk aku… lindung aku bawak pi bilik mak aku.. aku pun tak sedar apa2… yang aku tau airmata aku meleleh je…. (sorry geng.. termenangis lak…).. semua dalam umah tu menangis..
agaknya kalau ayah aku tak tahan.. maybe aku dah mati kan.. tak dapat la bercerita dengan korang kat sini… lepas tu pakcik aku tak mau tunggu lagi.. dia malu, dia pun terus balik.. aku ngan uci aku semua balik naik teksi chartered..
ayah aku cakap.. pakcik idi aku baca jampi panggil tok rimau.. yang toklang ajar dia tu.. tapi dia tak tau suruh balik… tu yang jadi macam tu… bini pakcik aku cerita.. lama gak pakcik aku jadi baran… sampai pi berubat la…
tu la kalau belajar ilmu tak habis.. kan dah menyusahkan orang lain…
tapi aku ngan pakcik aku dah ok dah la ni.. dia pun dah mai minta maaf kat aku… aku pun minta maaf gak kat dia sbb kurang ajar sangat…
Ini satu cerita dari ayah saya… bukan pengalaman seram saja.. pengalaman seram bercampur ngeri…
Selalu kalau kerja UPP, depa akan pegi kerja guna landrover atau sholen (ntah betul ke tak ejaan aku) .. ayah aku kata sholen ni kereta kebal betina…
Selalu kalau kerja UPP, depa akan pegi kerja guna landrover atau sholen (ntah betul ke tak ejaan aku) .. ayah aku kata sholen ni kereta kebal betina…
Satu hari tu depa masuk hutan sempadan antara perlis-thai… kat dalam tu ada jalan yang selalu dpa gunakan untuk menyeludup.. tangah ayah aku ngan kawan2 dia menjaga kawasan, tiba2 depa perasan ada satu kawasan tu pokok dia bergerak2 ke arah depa… depa pun dok perhati la… tau-tau.. babi hutan keluar nak kejar depa… besar.. kalau orang kampung kata babi tunggal… depa pun apa lagi kelam kabut masuk dalam sholen… kawan ayah aku pun drive sholen tu laju2.. jalan hutan pulak pahamla kan… tak rata..
terlompat2 ayah aku ngan kawan2 dia dalam tu… ada seorang kawan ayah aku pun buka pintu sholen tu nak tengok babi hutan tu ada kejar lagi tak… ayah aku dah larang dia… jangan buka… bahaya kot nanti… kawan ayah aku tak dengar nasihat ayah aku, dia pun buka pintu sholen tu… buat pengetahuan korang pintu sholen tu macam pintu van… kawan ayah aku pun jengukkan kepala dia keluar… nak dijadikan cerita….
Kawan ayah aku yang tengah drive laju tu tak dapat nak elak lubang besar.. entah macam mana kawan ayah aku yang tengah menjenguk keluar tu, tangan dia terlepas pintu tu… dan pintu sholen tu pun terdorong ke depan dan memutuskan kepalanya… ayah aku kata waktu tu depa panik gila… ayah aku pun habag kat kawan dia yang drive, kata kawan depa ni dah putus kepala… (ayah aku tak cerita pun apa jadi kat badan yang terputus kepala tu.. mungkin dia takmau aku ngeri kot…)
kawan ayah aku drive tu pun berhentikan sholen tu… yang peliknya, babi hutan tu pun dah takde.. ayah aku ngan kawan2 dia pun pi kutip kepala kawan depa yang terputus tu… ayah aku kata waktu dok dalam sholen dengan mayat tu, dia rasa lama sungguh nak sampai ke kem depa… sedih… tak percaya semua ada… mana taknya kawan sendiri mati macam tu depan mata… ayah aku kena badi mayat gakla.. tiap2 malam mimpi kawan dia tu mai kat dia… tanya mana kepala dia… kena berubat dengan toklang baru ok…
Bila difikirkan balik.. ayah aku kata.. dia rasa babi hutan tu penunggu la… sebab ayah aku kata sebelum depa masuk hutan tu.. kawan ayah aku yang drive sholen ni dia ada cakap besar sikit, dia kata dia teringin nak tengok babi hutan.. dia nak lawan race dengan babi hutan tu.. sapa menang?... tapi tak sangka kawan depa yang terkorban…
Bila difikirkan balik.. ayah aku kata.. dia rasa babi hutan tu penunggu la… sebab ayah aku kata sebelum depa masuk hutan tu.. kawan ayah aku yang drive sholen ni dia ada cakap besar sikit, dia kata dia teringin nak tengok babi hutan.. dia nak lawan race dengan babi hutan tu.. sapa menang?... tapi tak sangka kawan depa yang terkorban…
disedari jiran sbb dia tengok toklang tak keluar rumah pun.. selalunya pagi2 toklang akan keluar minum kopi kat warung dlm kampung tu… toklang aku ni walaupun dia ada mengamalkan ilmu pelik2 ni tapi dia seorang yang baik, ramah dan suka berkawan… selalunya dia berubat orang yang terkena buatan orang, kena santau, kena aniaya, tapi dia takkan buat kat orang tu sbb dengki ke… iri ke… saja nak kenakan orang tu ke.. tu syarat pengobatan dia…
Tapi aku harap sebelum toklang aku meninggal dia sempat la buang semua ilmu2 salah dia.. aku ada tanya ayah aku.. lepas toklang meninggal.. ilmu toklang tu turun kat sapa.. ayah ada mimpi toklang tak… ayah aku jawab ada.. tapi ayah takmau… ayah aku kata mungkin ilmu tu turun kat anak yang dok dekat dengan dia tu kot sbb anak dia yang tu macam berminat sikit… kami pun dah lost contact terus dengan anak cucu toklang ni.. ayah aku pun tak pernah pi cari sepupu2 dia.. entahla..
Waktu tu ayah aku nak pindah rumah yang dia beli sebelum dia pencen.. kebetulan waktu tu aku sarat anak yang pertama… mak aku jadi macam orang putus asa… macam tak mau hidup dah… mak aku mengadu kat aku… aku cakap kat mak aku.. ajakla ayah pi berubat.. mak aku pun bagitau ayah aku.. dia pun bawa mak aku pi berubat.. perawat tu kata mak aku ditumpangi saka uci aku… nak kena berubat dengan air dari tujuh kolah masjid…
bila aku dengar aku tak percaya uci aku ada saka.. mungkin benda yang jiran durjana tu hantar pada uci aku dah sebati dengan uci aku tu yang perawat tu kata saka.. lagi satu mak akku dah terkena badi mayat…
Mak aku pun dirawat.. Alhamdulillah… benda tu pun depa dah buang ke laut…
Lupa nak cerita.. mulut mak aku terherot2 .. terkena penangan penunggu pohon bonsai… tunggu yek…
Mak aku pun dirawat.. Alhamdulillah… benda tu pun depa dah buang ke laut…
Lupa nak cerita.. mulut mak aku terherot2 .. terkena penangan penunggu pohon bonsai… tunggu yek…
Ini pengalaman seram mak aku…
Ingat tak waktu hujung2 90-an.. waktu tu orang gila sangat dengan pokok bonsai.. alaaa, yang orang cari akar2 dan kayu2 hutan yang berjuntai.. pastu akar dan kayu itu dikerat, ditebuk lubang dan diletakkan daun2 plastik pada lubang tu.. tadaaa.. jadilah sepohon bonsai yang indah…
Ingat tak waktu hujung2 90-an.. waktu tu orang gila sangat dengan pokok bonsai.. alaaa, yang orang cari akar2 dan kayu2 hutan yang berjuntai.. pastu akar dan kayu itu dikerat, ditebuk lubang dan diletakkan daun2 plastik pada lubang tu.. tadaaa.. jadilah sepohon bonsai yang indah…
Dalam rumah lama aku kat kampung kersik, ada la ‘para’ orang letak barang (kat rumah2 lama, selalu ada k).. para ni tiga tingkat.. tingkat 1, mak aku letak pinggan mangkuk, periuk dan barang2 penting yang jarang digunakan. Tingkat dua lak mak aku letak periuk2 besar, kuali kawah besar. Dan tingkat ke 3 ni mak aku letak kayu yang ayah aku kutip dari hutan mana tah...
aku pun tak ingat ayah aku nak buat apa ngan kayu tu… pastu mai la pakcik idi aku ni ternampak la dia kayu yang atas para ni… dia pun bawak turun… dia kata, “ wahh cantik kayu ni kalau buat bonsai”.. pastu anak jiran aku lak jahat mulut, offer kat pakcik aku nak pi tolong cari akar2 kayu yang berjuntaian cantik dalam hutan tu… pakcik aku pun terus ok, sukalah dia… tapi kayu kat atas para ni tetap pakcik aku nak ambil… nak diletakkan ditengah2 pasu, akar kayu yang berjuntai lain dia letak kat tepi kelilling kayu tu.. kira kreatifla jugak… pastu dia pun memulakan proses menggergaji kayu tu… kayu tu aku agak, adalah dalam 10 kaki panjang, diameter kayu tu pulak adalah dalam 7 cm.. bukan tebal mana pun.. tetapi pakcik aku nak menggergaji bagi putus punyalah lama…
lambat betul nak putus.. yang dia dah penat gila dah.. tapi kayu ni tak putus2 lagi.. dahtu mak aku dengan penuh heroinnya, pegila tolong adik dia ni… gergaji.. gergaji.. gergaji.. haaa putus pun.. seronok la pakcik aku.. mak aku takmau kayu tu… so pakcik aku pun buat untuk uci aku ngan dia je.. yang mak aku amik akar kayu berjuntai yang anak jiran aku bawak balik…
Pakcik aku pun bawak balik kl, satu pokok.. dia tolong buat bagi siap untuk uci aku kat sungai petani , satu pokok.. yang untuk mak aku dia tebuk lubang siap2 je.. tapi disebabkan ayah aku sibuk, maka tak sempat la nak beli daun.. so simpan la balik atas para… sebulan lepas tu pakcik aku mai balik dengan pokok bonsai tu… dia kata pokok bonsai tu berhantu… anak dia tiap2 malam menangis bila tengok pokok bonsai tu… yang kat umah uci aku pulak.. maksu aku selalu dengar orang menangis.. bila di cari2.. rupa2nya dari pokok bonsai tu… apa lagi sebelum depa mai umah aku, depa letak dulu pokok2 bonzai ni kat luar rumah.. tak tahan sangat sampai tak boleh tidur…
yang kat rumah kami takde gangguan pun.. ok je… pakcik aku tanya kat anak jiran aku tu.. depa pi amik kayu2 tu kat mana… budak tu jawab dia amik kayu tu kat kebun getah sebelah jirat siam tu… terkejut pakcik aku … patutla mengusik sangat…
kami pun buang kayu2 tu.. termasuk kayu2 yang di atas para dalam rumah aku tu… pakcik aku pun balik dengan tenang.. Alhamdulillah takde gangguan dah dirumah pakcik aku mahupun dirumah uci aku… ingatkan dah habisla…
suatu malam mak aku pegi la pasar malam dengan ayah aku… yang tak syoknya pasar malam ni melalui kawasan yang ayah aku dan pakcik idi aku buang kayu2 tu… yelah depa pun tak ingat dah la pasal hal ni… balik dari pasar malam tu… mulut mak aku terus herot… 2 3 hari gakla mulut mak aku herot… dia cakap apa kami pun tak faham… lepas tu ayah aku panggil satu perawat ni… aku tak tau siapa sbb perawat tu mai malam.. kami anak2 dah tidur dah pun… taktaula pasal apa kami malam tu tidur awal sangat… selalunya selagi tak pukul 10 malam memang kami tak tidur punya…
esok2 pagi bangun, tengok2 mulut mak aku dah ok dah… ayah aku cerita malam tadi, waktu perawat tu merawat mak aku.. badan mak aku meliuk-lintuk macam ular… ada seekor kucing yang kami bela tu gigit tangan mak aku, berkelahi dengan mak aku macam dia berkelahi dengan ular.. lepas tu nampak macam kucing tu menggonggong sesuatu bawak keluar dari rumah… perawat tu kata.. kucing tu berkelahi dengan ular yang menumpang kat akar kayu berjuntai… yang ular tu marah sbb tak pulang balik dia kat tempat asal dia.. pi buang dia kat tempat lain…
yang mulut mak aku herot tu pulak sebab langsuir tu marah.. marah kat mak aku sbb gergaji rumah dia.. yup kayu besar yang mak aku gergaji tula rumah dia… jadi… selama hari ni memang langsuir tu duduk dalam rumah kami la… tapi hairan… sebelum pakcik aku bawak turun dari para tu.. dia tak pernah kacau kami pun… maaf la aku tak tahu apa perawat tu buat pada langsuir tu… ayah aku tak cerita… ayah aku cuma cakap.. perawat tu dah tangkap langsuir tu… itu je…
yang sedihnya.. kucing yang berkelahi dengan ular hantu tu mati tak lama lepas tu… mak aku sayang sangat kat kucing tu… kucing siam.. mak aku panggil dia abang… kucing abang ni cukup suka makan durian… tak pernah nak makan anak ayam yang ayah aku bela… kira dia ni baikla…
satu lagi.. sewaktu pakcik ngan uci aku letak bonsai tu kat luar rumah.. tiap2 malam depa dengar orang ketuk pintu… nak minta masuk rumah kot… yelah kan.. kat luar sejuk kot… hehehe…
dulu … masa mula2 aku menetap di rumah lama aku di kampung kersik.. waktu tu umur aku dalam 5-6 tahun…. aku selalu ternampak lembaga berwarna hijau di dalam rumah aku itu.. tetapi dia tak mengganggu… cuma memerhati sahaja.. bentuknya tegap seperti lelaki dewasa, senang cerita macam pak arab la… bila aku bgtau ayah aku.. ayah aku kata mungkin dia tu penunggu rumah…
bila masuk sekolah menengah… pernah sekali aku tengah belajar sorang2 kat ruang tamu… mak, ayah dan adik aku dah tidur di bilik atas… aku terdengar suara orang berdehem.. sekali.. aku tak berap perasan lagi.. lagi sekali.. aku terus tutup buku.. jalan cepat2, naik tangga terus masuk bilik.. tidur… huhu… takut wooo… waktu ni aku mata dah tak nampak dah tapi boleh merasai kehadiran dia… bila aku bagitau ayah aku…
mungkin dia marah aku tidur lewat kot… so aku memang tak pernah belajar sampai lewat malam.. kalau nak belajar.. siang2 jelah… atau waktu mak ngan ayah aku masih belum tidur.. bila depa naik tidur, aku pun naik sekali… tak berani nak duduk bawah kat ruang tamu sorang2..
di depan rumah kami ada satu pokok durian besar dan tinggi… batang pokok durian kan lurus dan sampai satu ketinggian dia akan ada dahan yang lurus.. ayah aku kata kat dahan tu ada langsuir… ayah aku selalu ternampak… kadang2 ada satu2 masa boleh dengar bumbung rumah kami berbunyi macam ada orang tabur pasir… ayah aku cakap.. itu kain dia dok meleret2 kat bumbung rumah kita… tapi Alhamdulillah langsuir tu tak pernah mengganggu keluarga kami…
ada satu cerita yang aku terlupa….. sewaktu cuti sekolah hujung tahun sebelum aku naik ke tingkatan lima.. cikgu aku pilih aku untuk menyertai kursus kecemerlangan diri di Melaka… sepanjang kursus tu takde benda pelik terjadi pada aku… walaupun kawan2 sekursus aku ada cerita benda2 pelik yang terjadi kat depa… bila balik tu kami sampai rumah cikgu peneman kami tu pukul 2 pagi… tiktok tiktok minum air semua… lepas tu cikgu tu pun hantar kami balik rumah masing2.. pukul tiga pagi sampai kat depan rumah jiran aku sbb takde jalan tar boleh masuk sampai ke rumah aku… cikgu tu pun pasang lampu bagi cerah..
kejap je pun.. pastu dia pun belah… dari rumah jiran aku tu nak balik ke rumah aku kena lalu denai kecil dalam kebun durian.. kira nya hutan jugakla.. mula2 steady lagi… elok aku melintasi rumah jiran aku tu.. aku pun start lari pecut sampai rumah… elok nak sampai rumah aku.. dalam dok lari tu, tiba2 aku leh teringat pulak cerita ayah aku pasal langsuir tu… ek- elleh… yang hati aku ni berdebar-debar dah.. suasana memang gelap la… harap cahaya bulan je… sambil dok lari, yang mata aku ni jahat boleh pi pandang lak kat dahan tu… dup dap dup dap… nampak bayangan putih.. huwahhh.. nak nangis dah.. aku gagahkan kaki lari..
sampai depan pintu rumah.. macam nak lekang pintu rumah aku ketuk… sambil panggil mak ayah… buka pintu… sat, sat dengar ayah aku jawab .. ayah aku buka pintu… masuk cepat2.. ayah aku tanya pasal apa nampak aku macam penat dan takut… aku buat signal dengan jari telunjuk tunjuk atas.. atas… ayah aku pun baca doa hembus keluar pintu… (mak ayah aku memang tau aku nak balik sebab aku dah call tempat kerja ayah aku sebelum bertolak dari Melaka tu.. kat rumah aku takde telefon lagi waktu tu…)
gila.. ayah aku marah cikgu tu.. tak boleh tunggu pagi ke nak hantar kami balik… ntah apa2 cikgu tu.. sekurang2nya bagi la kami tumpang sat… pi mai.. pi mai pun dah pukul tiga pagi… ayah aku kata… bodo punya cikgu… ada betul gak kan kata2 ayah aku ni….