Rampasan Kuasa Tentera Thailand Berlaku Lagi 22 Mei 2014




BANGKOK: Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan kepada rakyat negara itu bahawa tindakan tentera mengambil alih pentadbiran negara dilakukan setelah berbulan-bulan kejadian huru-hara akibat ketidakstabilan politik.

“Dalam usaha untuk mengembalikan semula keadaan normal secepat mungkin, Jawatankuasa Perlaksanaan Damai Nasional yang menggabungkan angkatan bersenjata seperti Tentera Darat DiRaja Thailand, Tentera Udara DiRaja Thailand dan juga polis perlu mengambilalih kuasa pada 22 Mei jam 4.30 petang,” kata Panglima Angkatan Tentera, Prayut Chan-O-Cha.

Ketua Komander yang telah menguatkuasa undang-undang tentera pada Selasa berkata rampasan kuasa itu diperlukan demi untuk mengelakkan konflik yang kian bertambah dan memburuk.

“Warga Thailand dinasihatkan supaya bertenang dan pegawai kerajaan pula harus meneruskan kerja seperti biasa,” tambah beliau.

Langkah tersebut dilakukan setelah tentera yang menjadi perantara perbincangan antara kedua-dua parti yang bersengketa itu gagal meraih sebarang kesepakatan untuk menghentikan protes besaran-besaran di sekitar jalan-jalan di Bangkok yang telah masuk hampir tujuh bulan.

Pemimpin parti lawan yang bertelagah ketika perbincangan tersebut telah ditahan di sebuah fasiliti tentera yang dikawal rapi di ibu negara tersebut dan difahamkan telah dibawa ke tempat lain oleh pasukan tentera.

Tidak dapat dipastikan bahawa adakah pemimpin itu ditahan secara rasmi.


Pada Khamis, tentera Thailand telah mengarahkan semua stesen televisyen dan radio menggantung segala program-program harian mereka dan hanya menyiarkan program ketenteraan sempena ramapasan kuasa tersebut.

Langkah tersebut dilakukan demi memastikan “berita sahih kepada rakyat”, menurut seorang jurucakap tentera dalam satu pengumuman di televisyen.

Selain itu juga, tentera turut mengisytiharkan perintah berkurung waktu malam seluruh negara itu setelah rampasan kuasa dilakukan.

“Di bawah undang-undang tentera, Jawatankuasa Perlaksanaan Damai Nasional melarang sesiapa sahaja daripada meninggalkan kediaman mereka dari jam 10 malam hngga 5 pagi,” kata jurucakap tentera itu.

Krisis politik yang berpanjangan di Thailand antara seorang golongan elit yang berpangkalan di Bangkok bersama pengikutnya menentang keluarga mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Thaksin, seorang hartawan merangkap ahli politik yang popular telah disingkirkan daripada pemerintahan dalam rampasan kuasa pada tahun 2006.

Namun begitu, beliau masih lagi mendapat sokongan daripada warga Thailand yang berada di pedalaman utara Thailand.

Adiknya, Yingluck Shinawatra pula telah diarahkan untuk meletak jawatan setelah keputusan kontroversi mahkamah pada awal bulan lalu.

Sejak 1932, Thailand telah menyaksikan 12 rampasan kuasa tentera termasuk yang terbaru ini.-astroawani

0 comment... add one now