Adun-Adun Keluar Dari UMNO Kini Masuk Semula


Adun-Adun Keluar Dari UMNO Kini Masuk Semula | Selepas mengambil tindakkan drastik keluar dari parti UMNO,adun-adun ini kembali semula.Selepas penarikan kembali Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud sebagai wakil bebas semalam, seorang lagi Adun Terengganu dijangka akan melakukan tindakan yang sama lapor Berita Harian hari ini.

Adun‎ Ajil, Ghazali Taib (gambar) dikatakan akan menarik balik peletakan jawatannya dalam Umno yang akan menggembalikan majoriti kerusi Barisan Nasional (BN) sekaligus menafikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menurut akhbar tersebut, kedua-dua Adun tersebut dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kemelut politik Umno di Terengganu memuncak apabila bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan keluar Umno beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu bagi menggantikannya.

Ia kemudiannya menyaksikan dua wakil rakyat tersebut turut mengumumkan langkah sama mengikut Ahmad Said menjadi wakil bebas.


Tindakan ketiga pemimpin itu semalam menyebabkan BN hilang majoriti di DUN Terengganu.

PAS Terengganu mendesak agar pembubaran DUN dilakukan bagi memberikan laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Bagaimanapun malam semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu The Malaysian Insider bahawa Adun Bukit Besi ‎sudah kembali menyertai Umno. – 14 Mei, 2014.-Malaysiakini

0 comment... add one now