Will dan Jada telah disoal siasat berikutan gambar Willow yang juga seorang penyanyi, terbaring di atas katil bersama aktor Moises Arias menjadi viral sehingga peminat mempersoalkan cara mendidik pasangan popular Hollywood itu.
Menurut jabatan kebajikan tersebut, setakat ini, Will dan Jada memberikan kerjasama sepanjang kepada mereka malah Willow dan Moises pula akan disoal siasat secara berasingan selepas ini.
Perkara ini dilihat sensitif kerana gambar tersebut mengambarkan seolah-olah Willow, seorang gadis bawah umur sedang melakukan hubungan intim dan perkara ini telah membawa kepada persoalan bagaimana Will dan Jada menjaga anak mereka.
Namun menerusi sumber TMZ, Jada dilaporkan berkata bahawa tiada perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung gambar tersebut kerana tiada langsung sebarang unsur seksual menerusi imej yang dikongsikan oleh anak mereka di laman sosial. – MYNEWSHUB.MY