Ini Punca Boy Iman Dan Pian Cecupak Dapat Gelaran Datuk


Beberapa hari yang lalu 3 orang artis telah mendapat darjah kebesaran dan anugerah pingat yang melayakkan mereka mendapat gelaran " Datuk ".
Kini punca sebenar mereka mendapat gelaran datuk didedah.

Pian Cecupak

Pian Cecupak akur ada pihak yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterimanya.

Ini kata-katanya:
“Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

"Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT.

“Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,”

katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Boy Iman

Boy Iman juga merupakan pelakon yang kurang menyerlah di industri hiburan. Ramai juga tertanya-tanya apa sumbangan beliau.

Ini kata-kata Boy Iman:

“Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

"Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya,”.

“Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis,”.

0 comment... add one now