Remaja Report Polis Selepas BF Noda Tak Nak Bertanggungjawab

SABAK BERNAM – Hasrat bersuka ria seorang pelajar tingkatan tiga bersama rakan-rakannya pergi bercuti ke Port Dickson menjadi igauan ngeri apabila dia dirogoll teman lelakinya di rumah rakannya sehari sebelum ke pantai peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dirogoll teman lelakinya kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 21 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai bermalam di rumah seorang rakan perempuannya di Kampung Nelayan Sungai Besar bersama rakan-rakannya yang lain termasuk suspek berusia 16 tahun sebelum bertolak ke Port Dickson keesokannya.

“Difahamkan semasa kejadian, rakan-rakan mangsa keluar makan malam dan ibu bapa rakan mangsa ketika itu sedang lena tidur, sementara mangsa tidak keluar dan berada di ruang tamu sebelum dia didatangi suspek,” katanya.

(gambar hiasan)

Noor Mushar berkata, suspek kemudian mengajak teman wanitanya itu ke bilik tidur sebelum menodai mangsa dengan menyuruhnya membuka pakaian sebelum bertindak merogoll mangsa.

“Suspek yang seakan ketagih dengan perbuatannya itu, sekali lagi mengajak mangsa datang ke rumahnya di Parit Baru Sungai Air Tawar kira-kira jam 6.45 petang pada 7 April lalu sewaktu ibu bapa suspek tiada di rumah.

“Sebaik mangsa sampai di rumah suspek, suspek yang tidak dapat mengawal nafsunya menarik tangan mangsa masuk ke sebuah bilik dan merogollnya sekali lagi,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa mula curiga dengan suspek yang seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan tersebut kemudiannya menceritakan kepada ibu bapanya sebelum dia membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam keesokannya di Pondok Polis Parit Baru Sungai Air Tawar dan di reman sehingga Jumaat (esok) bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogoll gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

0 comment... add one now