Thailand memang terkenal dengan pondan-pondan yang cantik.Seorang pelakon dari Thailand yang merupakan seorang pondan bernama Treechada Petcharat telah dibayar jutaan dolar untuk berlakon dalam sebuah filem seram keluaran Hong Kong.Dia yang lebih mesra dengan nama Poyd telah menukar namanya sebagai Bo Yee untuk menyesuaikan diri dengan pasaran baru.
Poyd menerima tawaran lumayan itu bagi mengembangkan kariernya di negara tersebut dan akan bergandingan dengan pelakon Patrick Tam.
Ini sekaligus memperlihatkan kerjasama kali kedua di antara aktres tersebut dengan pihak penerbitan Hong Kong selepas filem The White Storm lakonannya bersama Nick Cheung menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton.