Hanez Suraya Nekad Saman Syarikat Penerbangan MAS


Pelakon yang juga seorang model Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan MAS.Turut sama dalam memfailkan saman adalah kekasihnyanya Romie Razin Aidilha Abd Jais.Mereka mengambil keputusan untuk menyaman syarikat penerbangan MAS kerana perjalanan mereka ke Bangkok telah didedahkan kepada ramai melalui laman sosial.

Berita tergempar ini dikongsikan oleh portal rotikaya menerusi fanpage facebook mereka. Menurut sumber, tindakan saman itu diambil kerana MAS didakwa mengaibkan pasangan itu dengna mendedahkan butiran tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, sekitar April lalu.

Nampaknya, sejak insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu, ada sahaja masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan MAS. Kalau sebelum ini mereka berdepan tindakan saman dari waris penumpang, kini lagi tindakan saman difailkan oleh artis tempatan pula.

0 comment... add one now