Ramai Murid Terkejut Cikgu Pakai Baju Sekolah Di Hari Guru


Gambar guru Kembali Ke Sekolah ‘Back To School’ tema yang memberi kejutan kepada murid-murid di SMK Kudat II, Kudat Sabah apabila guru-guru berpakaian seragam sekolah sebagai mengenang nostalgia pada zaman persekolahan mereka. – Foto: CIKGU SUKRI via Sinar Harian


Tema ‘Kembali Ke Sekolah’ telah memeriahkan sambutan Hari Guru SMK Durian Tunggal, Melaka, apabila guru-guru berpakaian sekolah sebagai mengenang nostalgia semasa zaman persekolahan mereka. – Foto: CIKGU MOHD RAIMI
Kita Semua Adalah Guru
Kita berada di muka bumi ini sebagai khalifah, pemimpin dan guru kepada orang yang kita pimpin. Setiap dari kita perlu menjadi guru yang ikhlas, baik, bertanggungjawab dan berdedikasi.
Kita boleh jadi adalah guru kepada suami atau isteri, kepada anak-anak, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja malah sesiapa sahaja cuma yang membezakannya adalah ia dilakukan secara formal atau tidak formal. Setiap ilmu dan tunjuk ajar yang baik sudah pasti akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Guru umpama jambatan yang membawa ku keseberang untuk menggapai sinar gemilangGuru umpama jambatan yang membawa ku keseberang untuk menggapai sinar gemilang
Aku Dan Guru
Pertama sekali terima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah menjadi guru pertamaku. Sebelum aku mengenal seorang guru disekolah, kakak ku adalah orang pertama yang telah mengajar ku mengenali huruf, membaca dan mengira. Guru ku secara formal adalah ketika aku masuk sekolah tadika dan seterusnya sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah dan akhirnya di Universiti. Sepanjang tempoh belajar ini aku juga terdedah dengan ramai guru-guru tidak formal dari rakan-rakan sebaya dan orang-orang disekelilingku.
Guru umpama jambatan yang membawa ku keseberang untuk menggapai sinar gemilang.
Jambatan Ilmu
Masuk alam pekerjaan, aku masih memerlukan guru-guru dari senior untuk mengajarkan tentang dunia pekerjaan dan pergaulan. Guru-guru tidak formal inilah juga yang banyak mempengaruhi dan mencorakkan hidupku lalu menjadikan aku semakin matang dalam mengharungi kehidupan ini.
Selagi masih bernyawa, kita tidak akan berhenti dari belajar sama ada ilmu dunia mahupun akhirat dan selagi itulah kita memerlukan guru. Kini guru bukan sahaja jasad didepan mata, guru dari media seperti tv dan internet pun sudah ada. Ilmu semakin mudah didapati hanya terpulang kepada kita untuk merebut dan perlu bijak menilai dan memilihnya.
Semasa disekolah dulu aku seorang yang degil. Pernah kerana kedegilanku seorang guru sanggup tukar dengan guru lain kerana tidak mahu mengajar dikelas ku. Namun aku juga disayangi guru sehingga sanggup membuat kelas tambahan percuma selepas waktu sekolah buat ku.
Itulah kenangan di zaman sekolah, segalanya manis dalam ingatan. Jadi murid susah…tetapi menjadi guru sebenarnya lagi susah. Hanya dengan keikhlasan, ketabahan dan rasa tanggungjawab serta amanah yang dapat membezakan seorang guru itu bagus, berjaya atau sebaliknya.
Guru umpama jambatan yang membawa ku keseberang untuk menggapai sinar gemilang
Terima Kasih Guru-Guruku
Kepada semua guru-guruku sama ada secara formal atau tidak formal, terima kasih diatas ilmu dan tunjuk ajar anda semua. Maafkan segala salah silapku dan minta halal semua ilmu. Segala yang baik atau buruk tetap kuambil buat pedoman diri. Jasa anda semua sudah pasti tidak dapatku balas, semoga Allah SWT memberi ganjaranNya dan semoga hidup anda semua dirahmati serta diberkati…amiin. Rileksminda Blog

0 comment... add one now