Bertahun Orang Islam Makan DNA Babi Dalam Coklat Cadbury

Noted~Boikot Cadbury Babi
Macamana dapat lesen halal tapi guna bahan ada dna babi? Adakah semasa permohonan halal semua ikut prosedur dan selepas itu dah tak ikut lagi? Jakim perlu membuat spotcheck produk dan jangan menunggu aduan baru nak uji produk. Tindakan mahkamah dengan denda berjuta-juta perlu dikenakan kpd pengeluar atau pengilang.
Sementara itu, Jakim perlu membuat kenyataan kepada umat Islam yang telah makan coklat tersebut dengan menanggung dosa atas kecuaian penguatkuasaan Jakim.
Kenapa tak diarahkan company tu tutup jer operasinya.. Ini kita plak yg disruh berhati2 dgn batch no kelompok yg di diagnosiskan.. Mcmana dgn batch lain? Dah sah2 guna peralatan dn acuan yg sama...
Dah dua bulan KKMM tau pasal ni buat senyap jer,berapa juta kena suap?dah tersebar kat internet baru nak buat pengesahan ada DNA babi. Sanggup ko sisihkan saudara kau sendiri utk kepentingan dunia kau??? Kau jawaplah nanti di depan Allah swt...
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/736#.U4AM0QHr4pY.twitter


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
  • Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
  • Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

24 Mei 2014

1. Mula2 nafi tapi rupanya betul.

2. Sudahla dah bertahun2 rakyat Malaysia muslim makan Cadbury.

3. Ada sijil halal JAKIM pun tak guna. Last2 BABI juga yang umat islam telan. Apa cerita?

Untuk rekod ;

1. Tarikh dokumen yang menunjukkan Cadbury mengandungi DNA babi ialah pada 27 Feb 2014.

2. Yang peliknya kenapa baru sekarang KKM keluarkan kenyataan?

3. Sebelum neh apa depa buat dalam 3 bulan yang lepas?

4. Dan apa pula peranan JAKIM?

5. Haram ada pemberitahuan ke notis ke apa ke.

6. Yang lebih teruk ia dah berlaku hampir 3 bulan yang lepas. Baru sekarang didedahkan. Kenapa makan masa yang lama sangat?

7. Dan cakap pasal babi. Adakah kesemua coklat2 Cadbury yang ada dipasaran Malaysia akan ditarikbalik?

8. Apa pula yang JAKIM akan lakukan untuk menghukum Cadbury?

9. Boleh kah pengguna islam Malaysia menyaman Cadbury dan JAKIM atas kesalahan cuai dan lalai sehingga manipulate umat islam untuk membeli Cadbury yang disangka halal?

Hahaha..

Sekarang sama2 tunggu dan lihat statement dari JAKIM. Dorang tengah tidur lagi ke apa tue.-amenoworld

0 comment... add one now