Download Lagu Jaga Dia Untukku Siti Nurhaliza

Lagu Jaga Dia Untukku merupakan lagi terbaru Siti Nurhaliza pada tahun 2014.Selepas diedarkan,lagu ini dengan cepat menduduki carta pertama itunes.Dibawah ini link download dan lirik lagu Jaga Dia Untukku dendangan Siti Nurhaliza.
Tajuk Lagu/ Song Title: Jaga Dia Untukku
Artis/ Artist: Siti Nurhaliza
Album: - / Single (2014)



Video Muzik/ Music Video
Jaga Dia Untukku (Lagu Baru) - New Song (Youtube)

Lirik Lagu/ Lyrics
Lagu 'Jaga Dia Untukku' nyanyian Siti Nurhaliza

..kau kesana
Diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Chorus:
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

[Ulang Chorus]

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

[Ulang Chorus] x2

Nada Pemanggil/ Ringback Tone
-

Muat Turun MP3/ MP3 Download
Jaga Dia Untukku - Single - Dato Siti Nurhaliza (iTunes)

'Jaga Dia Untukku (Siti Nurhaliza)' Info
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Rozisangdew

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak. Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet. 

 "Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut. "Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu. 

 "Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri' hasil kerja orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi 

masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram. "Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab 

harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli," ujarnya. Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia. Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang 

memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan. Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital. "Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius. "Setakat ini, RIM turut 

bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya. Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014. (SNP)

0 comment... add one now