Respon Suami Isu Gambar Panas Rozita Che Wan Atas Katil

Suami kepada Rozita Che Wan tidak peduli dengan kritikan orang ramai mengenai gambar dia dan isterinya berbaju nipis diatas katil.Menurut Zain Saidin,selagi gambar itu tidak mengganggu periuk nasik mereka,mereka tidak kisah dengan apajua pandangan orang lain.


“Segalanya tentang Che Ta sering kali mengundang kontroversi. Gambar ketika kami bercuti di Paris dan Krabi juga menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila ramai pihak yang memperkatakan mengenai gambar kami di Bali ini,” ujar Zain ketika ditemui di majlis sidang media Oh My English! musim ketiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang, Serdang, pada Rabu.

Menurut Zain, gambar yang diambil di atas katil ketika percutian mereka di Bali baru-baru ini itu tidaklah melampau. Baginya, keinginan timbul untuk memuat naik gambar tersebut kerana teruja dengan percutian bersama mereka dan tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

“Ini merupakan gambar pertama yang diambil sebegini mungkin kerana gambar kami sebelum ini tidak begitu intim. Namun, bagi saya ianya tidak menggambarkan apa-apa, sebaliknya kami teruja untuk berkongsi kegembiraan kami,” ujar Zain lagi.



Atas nasihat pihak pengurusan Che Ta, Zain enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ini. Tambah Zain, sekiranya gambar berkenan mendatangkan masalah serta memberi impak kepada kerjaya mereka, barulah dia akan memadam gambar tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Zain masih lagi mengekalkan rambut perang untuk wataknya sebagai Henry Middleton yang merupakan salah seorang tenaga pengajar bagi drama bersiri Oh My English! yang menampilkan beberapa nama baru seperti Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nisaa, Sherry Al-Hadad, Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Juzzthin.

“Setakat ini saya memberikan sepenuh komitmen kepada watak saya yang memerlukan saya berambut perang. Saya akan kekalkan warna ini sepanjang terikat dengan Oh My English!,” ujar Zain.



Selain itu, Zain mengakui berdebar bagi pihak Che Ta kerana sedia maklum yang isterinya begitu mengharapkan anak perempuan, namun bagi Zain dia lebih selesa untuk tidak mengetahui jantina kandungan isterinya itu.

“Saya tahu yang Che Ta begitu menginginkan anak perempuan, jadi saya berdebar bagi pihaknya. saya tak kisah lelaki atau perempuan, yang penting bayi itu sihat sudah mencukupi untuk saya. Saya bakal ke New Zealand untuk kerja dan mungkin Che Ta bakal ikut untuk membeli belah di sana nanti,” ujar Zain mengakhiri perbualan.-gua.com.my

0 comment... add one now