Cerita Seram Dari Famili Sendiri

Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua...
kali ni aku nak berkongsi pengalaman seram aku sendiri ngan korang...
cerita pertama aku... 2006, selepas berkahwin dengan suami aku, aku tinggal dengan mak mertua ku sbb husband aku ni anak lelaki bongsu dan dia ada adik perempuan seorang lagi yang belum berkahwin waktu... kira tanggungjawab dia la menjaga makan pakai mak dia... rumah mak mertua aku ni berdekatan dengan sungai... dan belakang rumah mak mertua aku ada paya kecil... ada gakla ikan dalam paya tu... tp kami tak pernah memancing pun... bilik tidur kami berdekatan dengan paya tu.. kira kalau buka tingkap bilik leh nampak la paya tu... rumah lak rumah kampung...

jd korang leh tak bayangkan betapa damainya... tp rupa-rupanya tak jugak... sbb aku orang baru.. so aku kena uji la jugak... minggu pertama perkahwinan, aku cuti lagi waktu ni.. pukul tujuh pagi, husband aku pegi keja, aku sambung tidur balik sbb husband aku cakap takpe mak dia tak kisah sangat... lgpun aku masih kekok lagi... tidur balik smbil peluk kain pelikat husband aku (hahaha.. malunya)... elok aku pejam mata rasa mcm ada benda dok lompat2 kat tilam aku... (tidur pakai tilam je... sbb tak suka katil tu dk bunyi ngokngekngokngek dah la umah papan)...

aku buka mata... tengok2 ada 2 3 orang budak dok lompat2 keriangan atas tilam aku... dan seorang budak tu dia dekatkan muka dia kat aku (tp aku tak nampak apa2, mcm budak biasa)... besar budak 2 tahun, telanjang.. aku pun apa lagi, amik selimut, selubung muka aku smbil dok peluk kain pelikat husband aku... yang mulut aku dok terkumat-kumit baca ayat kursi... lama jugak la budak2 tu lompat... kadang2 terlanggar kaki aku... yang aku sedar diorang dah takde bila mak mertua aku ketuk pintu... aku buka mata tengok dah takde apa2... bangun cepat-cepat, bukak pintu.. mak mertua aku tanya kenapa... aku tanya balik kenapa... dia dengar aku mcm dok mengerang... mgkin waktu aku baca ayat kursi tu kot...

aku cerita la semua kat mertua ku... dia kata hantu air kot.... aku pun haaaaaahhhh.... kat kawasan ni mmg ada hantu air... almaklumla sungai... belakang tu paya lak... kak ipar aku sendiri pernah nampak hantu air berenang, kepala dan rambutnya tenggelam timbul dalam air.. waktu tu dia tengah basuh kain kt sungai (waktu zaman muda remaja dia la) aiii seram... tegak bulu roma aku...

macam2 lagi la yang jadi kat aku sepanjang aku dok umah tu.... ada gak pengalaman ayah aku dan mak mertua ku sendiri.. rasanya leh kongsi ngan korang kot lagi nanti...
Ni cerita mak mertua aku, waktu ni lewat tahun 1970 an la…. Waktu ni dok basuh kain kat sungai lagi… kat sungai depan umah mak mertua ku ada pelantar untuk orang basuh kain… seberang sungai umah mak mertua aku waktu tu hutan lagi… kerajaan belum buat taman perumahan lagi… ada satu petang lepas asar, dia turun basuh kain kat sungai bawak kakak ipar aku yang no 1,

kak ira nama dia… dalam 5 tahun macam tu… sambil dia dok basuh kain, dia dok tengok2 gakla kak ira aku ni... okla takde ape2… dekat nak habis dah basuh kain, tinggal nak bilas je kot… mula2 tu, dia tengok kak ira elok je dok main air… kak ira aku ni dok meniarap atas pelantar dan tangan dia dok main2 la ngan air tu.. dok tepuk2 air tu… elok mak mertua aku tengok balik kat kain dia… kecebur..

dia dengar orang jatuh dalam air, dia tengok2 kak ira dah hilang… apa lagi kalut la dia.. mak mertua aku ni tak reti berenang.. dia pi kat tempat kak ira jatuh tu… kan bila mula jatuh dalam air, selalunya kita akan tenggelam timbul kan… kak ira aku ni tak, dia tenggelam terus macam ada orang tarik kaki dia… yang mak mertua aku ni, dia dok gagau je tangan dia dalam air,

gagau sampai hampir sebelah badan dia masuk dalam air…. Sambil dok gagau tu dia azan, dia baca la ayat2 yang dia tau… dalam dia dok gagau tu.. dia terasa mcm rambut… apa lagi dia genggam rambut tu dia tarik sekuat2 hati… Alhamdulillah… dapat kak ira, tapi kak ira diam je.. muka biru…

mak mertua aku nangis dah waktu tu… sambil dok gagau tu pun dia dah nangis dah… kebetulan pak mertua aku balik… dia bagi CPR kat kak ira… tekan dada kak ira… senyap je… last dia dukung peluk kak ira… tau tau kak ira terbatuk… keluar air dari mulut… kak ira bernyawa mcm orang penat…

 pak mertua aku dukung kak ira balik umah… mak mertua aku ikut belakang… kain basuhan tu dia tinggal je kat situ… sampai umah dia balut kat ira ngan kain selimut tebal2… amik secawan air, baca doa, hembus… sapu muka kak ira… muka kak ira merah balik… 

Mak mertua aku salin baju, teman kak ira… anak perempuan pertama tu.. yang 3 lagi abang… memang sayang lebih la… lama2… mak mertua aku tanya kak ira mcmana dia boleh jatuh dlm air… kak ira ceritala… dalam dia dok tepuk2 air tu dia nmpak ikan cantik sangat… dia nak tangkap…. Tau tau dia jatuh sungai, pastu kaki dia mcm ada orang tarik…. Malam tu pak mertua aku mimpi, ada suara cakap,” tu aku baru uji sikit, kalau aku nak amik terus pun boleh”. (Cis berlagak…)

Lepas tu mak mertua aku tak berani basuh kain kat sungai, kalau dia basuh pun, dia tak bawak anak sekali dah… baju basuhan dia yang dia tertinggal tu pun pak mertua aku yang amik esok pagi…
Kak ira aku ni jugakla yang nmpak hantu air dok berenang2 tu…. Kira hantu air ni memang minat kat dia kot….
Hehehe… seram… kalau jadi kat aku…
Bila aku baca benang sebelah yang ada cerita pasal poltergeist ni… aku teringat cerita anak aku yang sulung… waktu tu dia nak masuk dua tahun dan aku sedang mengandung anak aku yang kedua…
 
Waktu ni kami masih tinggal di rumah mak mertua aku lagi… dalam bilik tidur kami ada tv yang diberikan oleh ayah aku kepada cucu kesayangan dia ni… selalunya tiap2 malam dia akan menonton dvd la… cerita kartun… dan selalunya aku akan tertidur dahulu… bila aku terjaga dia dah tertidur di sebelah aku… begitula rutin kami seharian.. suami aku kerja malam…

Suatu hari kami berasa pelik sbb dia takut betul nk tonton tv… bukak dvd takut… tapi kalau tv kat ruang tamu takpe pulak…. Aku speku ada orang buat bg anak aku takut… tonton tv takpe… tonton dvd takut… and ada certain cerita tv yang dia takut… kalau dia takut dia akan menjerit2 suruh kita tutup suiz tv… lama jugak dia jadi macam tu… kami bawa dia pi berubat… pakcik tu kata… kakak dia tinggal dia awal

sangat… waktu dia dalam pantang lagi… tapi anak aku ni memang takut2 sikit… suatu hari aku tak tahan… dalam dia dok menjerit2 tu… aku dukung dia turun kat atas tanah… aku marah, aku jerit kat dia… dia dah nangis.. aku tanya dia kenapa jadi macam ni… waktu tu aku dah lahirkan baby no 2 dah… waktu pantang tv kat umah ayah aku takde apa lak… dia tak takut lak…

. Pastu aku dukung dia , aku peluk dia kuat2, aku kata kat dia mama ada kan jemil, kenapa jemil takut… pastu aku basuh kaki dia… mak mertua aku, kakak ipar ku yang no. 3, biras no.1 dan anak2 dia semua tengok aku… aku angkat dukung anak aku naik bilik… sambil dukung tu aku cakap kuat2… sapa2 yang buat kat anak aku ni… tolong berhenti la… kalau aku tahu sapa yang buat anak aku jadi macam ni… teruk dia aku buat balik… 

Lepas hari tu anak aku pun ok… mungkin adala yang terdengar ugutan aku tu… dan dia stop buat semua benda jahat tu…
Kesian oo anak aku tu… bila jadi macam ni… dia yang kena marah sedangkan orang yang buat kat dia dok gelak-gelak bila aku marah anak aku… hantu betul… tp aku tau sapa yang buat anak aku tu… smpai sekarang aku tak baik dengan dia… dia memang terkenal dgn bomoh2 ni semua… hermmm… biarla dia tanggung semua dosa bersekongkol dengan setan tu… durjana betul…

Ini pula pengalaman husband aku…. Husband aku ni kerja malam… baik selalunya lepas pukul satu…
Satu malam, husband aku tengah drive nak balik… rumah mak mertua aku kan tepi sungai… so selalunya sungai akan ada Watergate… atau orang belah kedah panggil tandop… tandop ni di bawah seliaan MADA… selalunya nk balik umah mak mertua aku, jalan yang husband aku gunakan tu turun bukit cerun 60° dalam 100 meter dan jalannya membengkok hampir 45… baru jumpa tandop…

pastu lipat kiri naik balik jalan tar kampung biasa… tapi malam tu… di tengah2 tandop tu… tiba2 ada makhluk Allah ni duduk menyangkung di tengah2 jalan… bila husband aku semakin meghampiri tiba2 dia pun berdiri… apa lagi husband aku pun terkejut lalu mengelak… 

tayar kereta kami naik atas divider tepi yang setebal 6”… tepi bumper kereta kemik sikit… nasib baik pagar dawai je… kalau pagar batu… rasanya lekang bumper tu kot… dia turun tengok kereta dan cari benda tu… tengok2 dah takde…
Husband aku pun seramla… dia jalan kaki balik umah dalam 5 minit mcm tu… bgtau kat aku dia eksiden… dia ngan mak dia pegi tengok keadaan kereta… 
 aku ngan adik ipar aku dok seram2 kat umah…

Dalam perjalanan dia balik umah tu… adalah kaki2 pancing 2 3 orang tegur dia (kawan2 dia jugak)…. Kawan2 dia bagitau…”kami dok kelui hang dari tadi… hang tak nampak kami… kami dah nampak benda tu dok tunggu hang turun ja…” huhuhu seram… 

Kemudian kawan2 dia nilah gak yang tolong angkat kereta… bawak turun dari divider tepi tu… nasib baik kereta kecik… hahahah….

Tp jahat tul benda tu… kacau husband aku… aku tanya dia macamana rupa benda tu… dia kata rambut panjang… yang lain dia tak ingat.. waktu dia ingat nak elak je … tak mau langgar benda tu… mungkin sbb dia takut benda tu orang kot… nasib baik husband aku elak ke belah kiri… kalau ke belah kanan… terjun sungai la jawabnya… waktu tu bukan ada pagar lagi…

Ini pengalaman aku sendiri… waktu aku kecil… aku duduk di rumah kampong, nama kampong tu kampong kersik, mata ayer, perlis. Kan aku ada bgtau ayah aku kerja polis. Waktu tu dalam darjah satu aku macam tu, aku dah pandai pergi kedai sendiri dah… jadi aku la yang selalu menjadi tukang beli barang untuk mak aku… kadang2 aku pegi sorang… kadang2 aku pegi ngan adik aku waktu tu tadika… tp selau pegi sorangla sbb adik aku tu kecik lagi… mak aku tak yakin aku bawak dia… bila pikir2 balik… waktu tu tak takut ke… gila la jugak… kiri kanan hutan…

 dekat 10 minit jalan baru jumpa rumah orang.. tapi mungkin waktu tu takde orang jahat… ingat lagi pesan mak aku… kalau jumpa orang jahat lari laju2…. Hahaha… kadang2 aku lari start dari umah aku smpai kedai… tu hari aku rasa seram la tu… yang teruknya aku ni dah darjah dua baru pandai naik basikal… lepas dah ada basikal tu… oklah sikit sbb selalunya basikal aku tu barang memang penuh dalam raga… belakang seat… kat handle lagi… so takde benda leh tumpang…

Ada sekali tu .. maksu aku datang rumah aku ngan uci aku dan makcik an aku… mak aku suruh pi kedai… waktu tu nak dekat senja dah… pegi la ngan maksu aku… maksu aku ni lemah semangat sikit… tengah dok jalan2 tu… dia bgtau aku… “yong.. yong tengok pokok tu goyang2…” “mana?” aku pun tak nampak… lama2 pokok yang bergoyang tu berpindah ke pokok lain…

kali ni aku nmpak… makin lama makin dekat dengan kami… apa lagi aku pun tarik tangan maksu aku lari… lari sampai kedai… penat tu toksah cakapla, takut lagi satu hal…barang apa nak beli abis lupa… yang aku tau… kami duduk je dalam kedai tu… tak berani nak balik.. tak lama lepas tu ayah aku mai amik kami balik… sbb dia risau kami dah lama pi kedai tapi tak balik2…

Sampai umah… aku tengok toklang aku ada… dia ni perawat… dia kalau panggil aku… dia tak panggil aku yong… dia panggil aku oshin… sbb muka aku bulat dan mata aku sepet mcm oshin… haha.. toklang aku mai sebab nak berubat uci aku… oooo patutla..

Malam tu maksu aku demam, seram sejuk katanya… toklang aku rawat la dia… toklang suruh buka pintu rumah luas-luas. Ayah aku pun bukak… yang aku ni ngan makcik an aku dudukla rapat2 kat kerusi sebelah dengan pintu tu.
 Maksu aku ni tengah duduk depan toklang… toklang aku suruh benda tu balik jangan kacau maksu aku… lama jugakla toklang aku dok pujuk benda tu balik… pastu toklang aku kata “dia nak balik dah”. Kami yang dok kat kerusi ni dok peluk lagi kuat… pastu aku terasa ada mcm benda duduk kat kerusi sebelah aku…

aku tengok kerusi tu pun mcm ada kesan orang duduk… mcm kesan terhenyak mcm tu… sedang aku leka dok tengok kesan terhenyak tu, tiba-tiba aku terdengar toklang aku jerkah benda tu, “hang dok buat apa lagi tu, jangan dok kacau cucu menakan aku, pi balik, pi balik”.

Haaa… betulla benda tu dok kat tepi aku… ces… aku rasa hantu ni hantu gatal la…. aku tanya maksu aku, dia rasa apa… entah dia tak rasa apa-apa pun.. ces… tapi maksu aku memang macam tu… dia selalu tak ingat apa-apa… nasib baik gak kot… kalau tak mesti dia trauma kan…

kalau kita sorang2 atas jalan leh la break mengejut kan... kalau ada kereta ikut belakang... tak pasal2 bumper to bumper... tu la karang2 ada yang masuk sawah... nak elak benda2 macam ni la.. kadang2 kucing...
ha baru aku teringat ada cerita yang terjadi kat pakcik p (bekas tunang makcik an aku),
pakcik p, dia ni driver van kilang, dah ada bini sorang tp dok gila kat makcik an aku... tapi aku tak suka dia ni... sbb aku rasa dia ni jahat... tapi nak wat mcmana waktu tu aku baru lepas spm... kalu kita abag pun.. bukan orang nak percaya kan...

dia ni dok bawak makcik aku pi balik kerja kilang la... tu yang leh kenal... dah terberkenan, waktu tu arwah tokwan aku ada lagi... tp pakcik p ni pandai ambil hati tokwan ngan uci aku... bawak pi makan la... beli barang dapur la...

satu petang tu kami dok bermupul la...minum petang...pakcik p citer la kat kami anak2 menakan pasal pengalaman dia bawak van dan dia ni bekas komando, berhenti sebab kaki kiri dia kena potong paras lutut sbb terkena jerangkap samar...banyak cerita dia... tapi aku pun tak ingat sangat sbb aku tak concentrate dgn apa yang dia cerita sbb aku tak suka dia... hahahah...

cuma yang aku ingat dia cerita pasal dia terlanggar seekor kucing putih kat bukit selambau, kedah... lepas dia langgar kucing tu van dia rasa berat sangat... balik umah malam tu... tengkuk dia rasa berat, badan rasa letih... pastu dia terus masuk tidur, dalam tidur tu dia termimpi kucing putih tu datang cakar kaki dia...

 dia cakap nasib kucing tu mai cakar kaki palsu dia... kalau tak mesti habis calar balar kaki dia... tu yang aku pelik nape kucing tu tak cakar kaki dia yang sebelah lagi... biar sakit... jahat sangat...
Ini pulak pengalaman seram ayah aku…

Masa mula2 ayah aku masuk polis, ayah aku dihantar untuk bertugas sbg polis di cawangan Unit Pencegah Penyeludupan (U.P.P) di kawasan Chuping, Perlis. Selalunya diorang kna jaga kawasan sempadan Perlis-Thai la… yelah kat kawasan ni la kerap ada penyeludupan, beras la, pulut la, kain batik la… macam-macam la… dan kerja dpa ni selalu masuk pukul 5 petang balik 5 petang esok… berganti2 dengan kawan2 dia… selalunya dpa akan masak dan pasang khemah je… tak pun tidur jelah atas kain poncho sambil ditemani bintang2 yang indah…

Suatu hari, dpa kna jaga kawasan yang bernama Beseri, kat Beseri ni ada satu deret rumah kedai yang usang.. ayah aku n kawan2 decide nak bermalam di situ… maybe malas nak bukak khemah kot.. hampar kain poncho tu sudahla… malam tu, ayah aku ngan kawan2 dia pun tidur…

kawan dia dalam lima orang tidur berbaris je… ayah aku dok tepi tingkap yang dah terkopak daun tingkapnya… sedang elok diorang tidur… tiba ayah aku dengar suara perempuan menangis… kawan2 dia tengah syok je tidur macam tak dengar apa2….huhuhuhu… sayu je bunyi dia.. ayah aku dah tak sedap hati… ayah aku bangun duduk sambil mata dia melilau…

 tiba-tiba dia nampak jelas langsuir bawak baby dekat tingkap yang terkopak tu… terawang2 sambil menangis muka pucat je… tapi takdela mengerikan…

Cuma pucat je.. langsuir tu dok tunjuk baby dia kat ayah aku sambil menangis… ayah aku pun… oooo… kau nak kacau anak2 adam ye… dia pun genggam batu yang dia terjumpa kat tepi dia… dia baca ayat qursi dan dihembus pada batu tu… lepas tu dia pun baling batu tu tepat kena langsuir tu… apa lagi langsuir tu pun mengilai dan lari….

Tapi langsuir tak puas hati lagi… langsuir tu pun naik ke bumbung dan di angkatnya bumbung dan dihempaskan gedebang… kawan2 ayah aku semua terjaga.. Diorang terkejut tengok bumbung kedai diangkat dan dihempaskan gedebang… banyak kali… kawan- kawan ayah aku semua lari rapat kat ayah aku….

Ayah aku kata… takpe biar dia main2 macam tu…sambil terkumat-kumit ayah aku baca doa yang dia ambil dari toklang… tiba2 terdengar ngauman harimau… 
dan dengar bunyi macam orang berkelahi…

Ayah aku ajak kawan2 dia kemas barang… tak tunggu lama diorang pun beredar dari tempat tu…
Aku tanya ayah aku… mcmana langsuir tu angkat bumbung, bukan bumbung asbestos ke… bukan.. ayah aku kata rumah kedai tu dua tingkat lama yang pakai bumbung zink lagi… malam tu yang dpa leh tidur tu nampak ok… esok tu diorang pi tengok sekali… mak aih usang gila… macam terbakar pun ada… entahla…

Mungkin benda tu nak menguji ayah aku… sbb ayah aku ni suka cakap besar sikit… ayah aku kata cakap besar ada isi (ada ilmu) takpe… jangan cakap besar tapi takde isi.. nanti leh jadi gila.. mcm ayah aku baca doa yang arwah toklang aku bg tu… itu doa nk panggil tok rimau bukan doa actually jampi k… itu jampi nk panggil tok rimau.. dah panggil mai.. kna pandai hantar balik… satgi tak pasal2 kacau anak bini… tapi tu dulu… ayah aku tak amal dah benda2 macam tu…

Ayah aku pernah bawak balik benda dari padang bola sepak… kena kat mak aku.. badan mak aku jadi kuat macam 6 orang lelaki… hehehe nanti aku cerita…
Ini pengalaman seram ayah aku dan mak aku….

Masa ni mak aku baru je kahwin ngan ayah aku… depa pun duduk la kat kuarters lama balai polis merbok… satu petang tu ayah aku pegi la tengok orang lawan bola sepak kat padang bola dalam balai tu jugak… alah main syok-syok je… antara polis ngan budak2 kampung kot… tengah dok main tu.. hang sepak bola kat aku….

aku sepak bola kat hang… tau tau ada satu budak (team budak kampung) ni terjatuh… terseliuh… ayah aku pun pi lah tengok… ayah aku ni memang pandai mengurut… tapi orang yang tak biasa akan kata ayah aku ni mengurut ‘ sakit’… sbb bila dia pegang je… memang terus kena tempat yang sakit tu la… aku pernah tengok ayah aku mengurut orang tu… orang tu dari duduk sampai terberdiri sbbnya; sakit sangat…

Berbalik pada cerita… ayah aku pun pi tengok2la kaki budak tu… dia pun pegang… rasa panas… dia pun baca doa (yang ni doa k… bukan jampi)… dia hembus kat kaki budak tu… memang la terseliuh tapi ada benda yang saja buat budak tu jatuh dan terseliuh… ayah aku pun urut la… urut.. hembus… urut… hembus… lama2 baikla kaki budak tu… tapi waktu ni ayah aku taktau kata ada benda yang dok kacau budak tu… dia ingat biasa2 saja la…

Dekat nak senja dah baru ayah aku balik rumah… mak aku pun sambut depan pintu… bila nampak je muka ayah aku tiba2 mak aku mengamuk… pukul ayah aku… menjerit… lari masuk dapur.. baling habis pinggan2… dah dok kuarters bila jerit2… ramai la orang yang mai tengok… ayah aku mintak tolong… tolong tangkap mak aku… 3 orang mai kepung tangkap mak aku…

 mak aku libas pakai tangan je… hahaha… lawak la pulak… mai tambah sorang lagi.. baru dapat tangkap… depa pegang mak aku kejap2… tak bagi lepas… muka mak aku dah macam hantu… dengan rambut panjang kerinting dia… ayah aku yang dari tadi tengok sambil baca doa2 yang dia tau, tanya kat mak aku…
“Hang ni sapa?”, tanya ayah aku.

“Aku penjaga kawasan ni”, jawab benda tu.
“Hang buat apa kat sini” ,tanya ayah aku lagi.
“Aku marah kat hang, hang tolong budak tu, tu yang aku kacau hang”, jawab benda tu lagi.
“Aku tolong budak tu sbb kaki dia sakit”, terang ayah aku.

“Aku tak suka hang tolong dia, budak tu dah kencing kat umah aku”, kelentong si hantu tu.
“Ooo.. macam tu. La ni hang pi balik la. Takmau kacau bini aku” marah ayah aku.
“Aku takmau balik” jawab hantu tu.

Ayah aku pun geramla.. dia amik secawan air.. baca al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi, hembus dalam air tu. Air tu dia paksa mak aku minum… lebihan tu dia sapu muka mak aku… kena2 air tu, mak aku pun pengsan. Orang2 yang tolong pun pakat balik dah. Bila mak aku terjaga… badan dia rasa sakit2 habis… biru2 habis tangan dia… yelah dah tenaga mak aku macam 6 orang lelaki… tu yang depa pegang dia kuat tu… 

Mak aku cerita.. waktu dia sambut ayah aku balik tu… dia nampak ada 6 orang lelaki ikut belakang ayah aku… pastu tengkuk dia pun sakit.. lepas tu dia tak sedar apa2 dah…
Yang ayah aku cerita lak.. waktu dia balik… dia rasa badan dia berat sangat… 

Bila aku tanya ayah aku.. benda apa yang buat kacau… ayah aku kata dia rasa jin tanah kot…
Tapi ayah aku buat rawatan susulan gak.. dia amik cuti esok tu, balik umah toklang aku… amik ubat… waktu ni ayah aku yakin sungguh ngan rawatan toklang aku tu…

siap amik lagi jampi yang toklang aku ajar tu… aku tak berapa ingat, ada satu jampi yang toklang aku ajar untuk diamalkan sebelum tidur.. dalam jampi tu ada perkataan kandung2 tah apa tah… pelik la.. tapi walaupun waktu tu aku kecil lagi tapi aku leh tau benda tu salah… macam ada orang bagitau kat aku… wallahu a’lam… mungkin Allah sentiasa pelihara hamba yang naïf macam aku waktu tu kot kan…
cerita pasal tolang aku... aku teringat satu cerita...
ini pengalaman seram abang E...
satu hari toklang mai la umah kami... toklang aku pun bukakla cerita kat kami cucu2 menakan ni... waktu abang E ni pun ada sekali, dan pakteh aku pun ada jugak... tolang pun cerita la yang dia ada ilmu musibatt... aku pun taktau ilmu apa... tak faham sangat waktu tu...

 pastu dia pun ceritala yang dia boleh seru tok rimau, tok ayam, tok betina dan ada satu lagi tok... aku tak ingat... toklang aku pun bercerita la tentang kehebatan tok2 ni... kami pun suruh la dia seru tok2 tu... dia pun seru tok ayam... tak lama dia pun berkokok...

terkepak-kepak tangan dia... mata dia dah tinggal putih je... huhu seram... tapi waktu tak rasa takut pun... kagum lagi ada la... ala budak2 kan... pastu toklang seru tok betina... masuk2 dalam badan dia... toklang jadi macam perempuan... lembut gemalai... sambil dok bergurindam....

 mata still tinggal putih je... lepas tu dia tersedar... toklang cakap tok rimau ni tak suka masuk dalam badan orang... tok rimau ni lebih suka jd pelindung keluarga... dia ada kat luar tapi dah waktu tu siang, memang tak nampak dia la...
pastu abang E ni pun jahat mulut... dia kat dia tak percaya... toklang sengeh je... takpelah kalau hang tak percaya... malam ni hang mai.... 

malam tu kami pun tunggu la abang E tu mai... tapi sampai sudah dia takmai... kamim dok ingat dia takut la...
esok pagi tu.. abang E pun mai la umah aku sambil tersengeh2... ayah aku hang ni penakutla... kata nak tengok tok rimau...

abang E aku cakap... dia mai dah semalam... elok nak dekat smpai umah aku... dia tengok ada rimau besar dok tunggu depan umah.... terus dia patah balik... dia kata mata rimau tu besar.. merah je... mata dia sebesar bola sepak.... agak2 badan dia besar mana ek... entah aku pun tak pernah tengok... tapi dulu kalau kami nakal2 sangat... mak aku selalu ugut nak panggil tok rimau... elleh... jampi pun tak tau... nk panggil konon... tapi dulu takut la budak2 lagi... 

malangnya tak lama lepas tu ayah aku ngan toklang pun berkerat rotan sbb waktu tu emak aku kna santau... toklang aku yang merawat mak aku... dan toklang kata tok aku yakni emak ayah aku yang kenakan santau tu kat mak aku... ayah aku marah sbb dia tak percaya mak dia sanggup buat macam tu... toklang aku bersumpah kalau dia tipu... dia kan mati di laut...
ni pengalaman seram mak aku…

mak aku kahwin dengan ayah aku bukan dasar cinta… lebih kepada pilihan keluarga… tetapi ayah aku waktu tu dah jatuh cinta pandang pertama ngan mak aku cuma mak aku yang tak tahu… takleh cerita nanti off topic…
kalau ikutkan keluarga ayah aku memang menentang ayah aku nak kahwin dengan mak aku… tapi disebabkan waktu ayah aku dah gatal sangat… maka keluarga dia pun dah tak mampu menghalang…
masa ayah aku kahwin mak aku baru setahun keluar latihan…

 kira dia terjumpa mak aku waktu dalam probation period lagi… sbb tu la keluarga dia menentang.. anggapan depa ayah aku tak sempat balas jasa tok aku lagi yang menjaga…

kiranya kakak-kakak ayah aku la yang menentang sangat… bila mak aku balik kampung, depa buat mak aku mcam orang luar, tak tanya dah makan ke apa ke… memang tak dapat layanan yang baik la…yang ayah aku pulak jenis tinggal bini pi jumpa kawan2 lama… dia ingat mak ngan kakak2 dia ni suka sangat la kat bini dia ni kot… tak patut… tak patut…
sampai satu tahap… aku waktu pun dah 10 tahun kot… ayah aku pun dah kurang balik kampung kat penang… satu hari tok aku mai… biasa la… mai je la kan…

 kami pun layan macam biasala…
balik je tok mak aku muntah2… mula2 muntah biasa… lama2 muntah keluar darah… waktu ni mana ada telefon kat umah… kalau ada pun kami tak mampu… aku pun tulis la surat kat uci aku kata mak aku ni sakit… tak lama uci pun mai, mai dengan pakcik idi aku, ngan toklang sekali…
toklang aku pun berubat la… toklang aku kata mak aku kena santau …

orang tu bubuh dalam gula… dan dengan izin Allah mak aku pun sembuh… Cuma kena pantang jgn makan asam limau, cuka dan benda2 yang tajam… toklangn aku pun panggil ayah aku… slowtalk ngan ayah aku .. cerita kata tok aku yang buat kat mak aku… ayah aku tak percaya…

dalam masa mak aku kna santau tu… mak aku melalui hari yang menyeksakan… bila malam nak tidur, mak kau selalu dengar orang berjalan atas bumbung… bunyi benda cakar kat dinding tak lama lepas tu dengar macam kucing bergaduh….tiap2 malam… walaupun waktu ayah aku ada…

 tapi ayah aku tak dengar… mak aku kata kalau lama2 dia boleh jadi gila… masuk bilik air pun macam ada orang tengok… heee… jahat tul… bila batuk keluar darah… ayah aku marah2 kat mak aku… dia kata mak aku saja2 buat… mungkin dpa dah bubuh setan pembenci kat ayah aku kot…

akhirnya kebenaran terbongkar… memang tok aku yang bubuh santau tu dalam gula… tapi dalangnya ialah mak2 menakan aku ni… dpa kalau boleh nak bagi mak aku mati… jadi bila takde sapa2 nak jaga aku dan adik aku… mesti ayah aku bagi dpa jaga… nanti depa boleh minta duit belanja dari ayah aku… hantu betol… mak menakan yang mana satu aku taktau…

tapi aku rasa yang sorang ni… memang aku benci dia sampai sekarang… kalaula mak aku tak dapat disembuhkan… tak pasal2 aku jadi anak yatim…
Lepas dari peristiwa tu ayah aku dah tak berapa rapat dengan toklang aku… kami pun dah jarang balik penang… tak lama lepas tu ayah aku pulak sakit… kena buatan orang…

Sewaktu bekerja ayah aku ni memang tegas, cakap kasardan selalunya dia sound direct je kalau dia tak puas hati dengan sesuatu… dalam pergaulan dia, kalau orang yang tak biasa dengan dia… mesti senang terasa kecil hati… dan mungkin juga ramai yang terasa hati dengan ayah aku… even orang tu kawan baik dia sendiri…
Ayah aku ada seorang kawan baik pakcik Y… dia ni memang baik betul la dengan ayah aku… kira dia ni je yang leh ngam ngan ayah aku… tapi sapa leh tau kan, hati orang…

Suatu hari.. ayah aku ajak kami pi makan kat rumah kawan dia… pakcik N, dah siap pakai baju semua… tiba2 adik aku mengamuk, menjerit takmau pegi.. adik aku ni pulak jenis cepat pengsan… tak lama lepas dia menjerit.. dia pun pengsan… tak jadi kami pergi petang tu…

Selang seminggu, pakcik N jemput lagi kami pergi rumah dia. Peristiwa yang sama terjadi. Tapi kali ni tak sempat pakai baju lagi.. adik aku dah menjerit2 tak mau pi… kali ni dia tak pengsan.. ayah aku tanya kenapa dia takmau pi… adik aku kata dia takut ada orang jahat.
Tak lama lepas tu ayah aku jatuh sakit, badan lemah… dia asyik2 dok bagitau tangan kanan dekat ngan bahu tu sakit… tiap2 waktu dia dok mengeluh, merintih tangan dia sakit… katanya macam orang hiris… tambahan bila senja… menjerit2 ayah aku mengadu sakit… merintih2 ayah aku menahan sakit …

Mak aku memang tak tau nak buat apa dah… last2 dia call kak ayah aku mintak tolong bagitau toklang kata ayah aku sakit… mak aku gunakan satu-satunya public phone yang ada kat kampung aku… lepas tu dia call tokwan aku (ayah mak aku)… habag kata ayah aku sakit… waktu ni mak aku taktau yang kakak-kakak ayah aku dalang santau dia tu.. dia just tau tok aku yang buat dia… lagipun dah ayah aku yang suruh call kakak dia… sbb ayah aku fikir rumah kakak dia lagi dekat ngan rumah toklang

Malangnya… kakak ayah aku ni bawak balik ayah aku macam tu je pi penang… bukan bawak mai toklang pun… nasib baik mak aku tu ada duit gak kat tangan… kalau tak… 2 hari lepas tu tokwan aku mai… mak aku cerita semua… last2 tokwan aku mintak tolong kawan dia pi amik ayah aku kat penang… dan amik toklang sekali…

Nak tau apa jadi kat ayah aku kat rumah kak dia… sampai kat sana depa letak ayah aku dalam bilik… dengan tak bagi makan nasi pun… bagi minum air ngan makan roti je… bukan bawak ayah aku pi berubat atau panggil orang mai berubat ayah aku pun… bila tokwan aku nak pi ambil diaorang macam tak puas hatila… diorang cakap nanti baru nak bawak ayah aku berubat… tapi tokwan aku bertegas nak bawak balik ayah aku masa tu jugak… depa siap cakap… baiklah, depa tak mau masuk campur… kalau ayah aku mati.. tokwan akula yang bertanggungjawab…

 tokwan aku cakap takpa…ajal maut Allah yang tentukan..
Toklang berubat ayah aku kat rumah kami… waktu ni ayah memang malu alah dengan toklang tapi dah sakit kan… toklang kata ayah aku kena buatan kawan dia… kawan dia ambil bomoh siam, pakai pelesit 7 ekor… pelesit ni yang dok hiris daging tangan ayah aku tu.. tu yang ayah aku mengadu sakit…
Dah banyak kali dia nak buat kat ayah aku…

tapi tak menjadi… pakcik Y ni gunakan pakcik N untuk jamu ramuan2 jahat dia kat ayah aku… tapi tak menjadi… 2 kali adik aku mengamuk.. last2 dia bawak pi tempat kerja… waktu ni la ayah aku kena… ayah aku memang dah tak bertegur sapa ngan pakcik Y lepas kejadian tu… kalau jumpa kat depan orang pun angkat kening je… tak lama lepas pakcik Y pindah… baru pakcik N cerita detail… cerita habis… siap minta maaf sungguh2 kat ayah aku…

Tapi sekurang2nya ada hikmah juga jadi benda ni kat ayah aku… sejak hari tu, ayah aku dah control sikit kata2 dia… dia dah kurang cakap kasar… dah tak berapa nak sound direct lagi dah…
Waktu ayah aku kena tu tiap2 malam ayah aku mimpi ada benda 7 ekor dok mai hiris daging tangan dia… tapi dia tak boleh buat apa2…

Waktu dia dok kat umah kakak dia tu… dia tak ingat apa2 dia cuma ingat sakit dia je… tak teringat kat kami langsung… ada ka patut…
Aku pun dah pening nak mulakan dengan cerita yang mana satu… bertindih2 memori aku…
Oklah biarla aku cerita pengalaman aku kat rumah mak mertua ku…

Ada satu malam tu aku tengah kemas bililk tidur… aku buka pintu bilik aku luas-luas… aku gibas tilam… tepuk bantal… waktu tu aku pakai baju kelawar warna kuning… ada corak hitam sikit2… tengah aku dok kemas tu mak mertua aku baru naik tangga dari dapur yang memang bersetentang dengan bilik aku.
Mak mertua aku pun dok tengok aku berkemasla… boleh lak dia cakap.. dia nampak orang pakai baju kuning dok baring atas tilam aku…

 takkan aku kot… kan aku tengah berdiri waktu tu… tegak bulu tengkuk aku bila mak mertua aku cakap macam tu… hantu betul… aku rasa husband aku waktu ni dok kat bilik air kot… bila dia naik bilik terus aku cerita kat dia… lepas aku cerita kat dia.. aku terdengar ada orang dok cakar sampah kat tepi bilik aku… takkan mak mertua ku kot… kan dia baru naik…

dok elok je kat ruang tamu tengok tv… husband aku pun buat signal senyap kat aku; shhhh… dia nak buka tingkap nk tengok kat luar… aku tarik tangan dia.. tak bagi.. takut… biarla… aku cakap… dia nak berkenalan dengan orang baru kot…
Malam tu aku mimpi ada orang dok cerita buruk pasal husband aku… orang yang aku kenal gak… dia mai macam bayangan… pastu aku rasa rambut aku macam ditarik-tarik…

 bila aku terjaga… aku tertidur atas lengan husband aku (maybe sbb takut sangat kot)… masih terasa sakit rambut aku kena tarik… aku cek gakla kot2 dia yang tarik… tak pulak… aku gerak husband aku… aku cerita pasal mimpi aku kat dia… dia pun heran… kenapala aku kena uji sangat… ntahla kan.. kenape yek… hairan sampai sekarang…
thanks to  jefrilza 
Bersambung SINI

0 comment... add one now