Derma Misteri Bil Elektrik Surau Jadi Negatif RM43527

Sudah agak lama bil elektrik dan bil air surau di Surau Taman Alamanda di Senawang, Negeri Sembilan negatif.

Bulan ni -RM435.27 dan bil air pula negatif RM80. Entah siapa yang bayarkan, tiada siapa yang tahu.

Semoga lebih ramai lagi yang memberi sumbangan kepada surau, masjid, sekolah tahfiz, cawangan, Pasti dalam apa jua bentuk.



Tidak hanya memiliki hati emas, sesetengah individu memilih untuk merahsiakan identiti dirinya selepas melakukan kebajikan.

Sebagai contoh, bil elektrik dan bil air Surau Taman Alamanda di Senawang, Negeri Sembilan dibayar oleh hamba Allah setiap bulan.

Siapa pun yang melakukan kebajikan ini, semoga dirinya mendapat rahmat Allah.

Sudah sampai masanya masjid-masjid dan surau-surau mengurangkan biliangan tabung yang menjadi tumpuan para pencuri.

Era teknologi maklumat, e-banking ni, letakkan saja nombor akaun masjid dan surau, atau no akaun bil elektrik dan air masjid serta surau.

Semoga tidak lagi kedengaran kes mencuri tabung masjid selepas ini.

Yakinlah rezeki kita ALLAH dah tentukan, kita hanya perlu berusaha dan berdoa.-mynewshub

Firman Allah:
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat-gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah jua yang menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan -Al-Baqoroh (2) : 245


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir, pada tiap-tiap butir 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah (2) : 261)
__________________

0 comment... add one now