Fenomena El Nino Bakal Keringkan Air Di Malaysia Selama 6 Bulan
AnonymousKUALA LUMPUR - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom (UK) meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.-kosmo
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →