Peraturan Baru Untuk Penumpang Penerbangan Di KLIA 2


Kepada penumpang yang bakal menaiki penerbangan Air Asia sepatutnya sudah tahu syarikat tambang murah ini sudah pun memulakan operasi sepenuhnya di terminal baru KLIA2 bermula pada 9 mei 2014. Berikut adalah peraturan baru yang perlu dipatuhi oleh penumpang Airasia bagi memastikan perjalanan penerbangan lebih lancar.

Tiba Di Lapangan Terbang 3 Jam Lebih Awal

Penumpang dinasihatkan tiba tiga jam awal sebelum waktu perlepasan dan menguruskan segala keperluan perjalanan seawal mungkin kerana KLIA2 meliputi kawasan yang luas dan lebih masa diperlukan untuk sampai dari satu tempat ke tempat yang lain di lapangan terbang tersebut. Mereka juga digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web atau peranti mudah alih sebelum tiba ke lapangan terbang. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan dari 14 hari dan sehingga satu jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan sehingga empat jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia X.

Kaunter Daftar Masuk Bagasi Ditutup 1 Jam Sebelum Berlepas


Kaunter daftar masuk bagasi dibuka tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan dan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik.

Polisi Satu Bagasi Kabin

Penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg bagasi bersaiz kabin untuk menaiki pesawat. Bagasi yang bersaiz besar perlulah ditempatkan di dalam ruangan kargo. Polisi ‘satu bagasi kabin’ akan terus dikuatkuasakan bagi memastikan kelancaran proses menaiki dan turun pesawat di KLIA2.

0 comment... add one now