Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.
"Tak cukup ke apa yabg sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?
"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.
Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.
"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, Insyallah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.
Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan sua calon bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas peletakkan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN bebas,
"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka"-astroawani