Kad Jemputan Kahwin Anak Mat Said Yang Pilu

Sebagai menteri besar yang berjasa selama 6 tahun,banyak pengorbanan telah dilakukan demi tanggungjawab kepada parti dan rakyat Terengganu termasuklah masa untuk anak-anak dan keluarga diketepikan demi tugas.

Sampai masa khidmatnya tidak lagi diperlukan,Ahmad Said redha dan kejutan berlaku hanya kerana mempertahankan hari bahagia anaknya.

Hati siapa tidak remuk, jiwa siapa tidak sedih, kalau diperlakukan sebegini rupa, macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi.

Berdasarkan apa yang tertulis pada kad jemputan tersebut, beliau inginkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu.

Bayangkan, semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkhawinan sahaja. Kad kahwin sudah beribu dicetak, kain rentang dan bunting sudah siap ditempah.

Seorang menteri besar yang berjasa selama 6 tahun, cuma minta ditangguhkan selama 7 hari permintaannya telah ditolak mentah-mentah.

Lagi menyedihkan angkat sumpah dilakukan di waktu malam, sememangnya dari segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat seperti tindakan yang tergopoh-gapah.-omakkau

Kalau dilihat pada kad jemputan kahwin yang telah diedarkan,tentulah Ahmad Said dan keluarga malu kerana disana tertulis menteri besar,sponsor pun boleh lari kalau macam ni,sudah tentu sedikit sebanyak akan jadi bahan ketawa.Kad jemputan kahwin pilu ini jadi saksi ditengah kemelut kerakusan kuasa politik.
 


0 comment... add one now