Perkembangan terkini, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim telah merayu bapa tirinya, Farhan atau 'Abi' agar kembali kepangkuannya.
Video pendek tersebut yang telah di padam di laman sosial Abby memaparkan Danish meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpeleseran seperti berkaraoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.

Semua gara-gara Farhan didakwa oleh Abby pernah mengeluarkan kata-kata 'cerai' kepada rakannya pada Januari lalu.
Screen Capture daripada video Mohd Danish
"Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi," demikian lebih kurang kata-kata yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.
Dalam hal ini, ia (video) kemungkinan merupakan isi hati seorang anak yang rindukan bapanya... atau mungkinkah ia juga terselit nasihat yang mengandungi pepatah 'ada udang di sebalik batu'?. Allahu A'alam!
myartis