Punca Yahudi Ni Islamkan Jutaan Orang

Punca Yahudi Ni Islamkan Jutaan Orang | Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7 tahun.

Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad selalu mencuri sekeping coklat.

Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa.

Jad ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.

Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.

Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.
Sudah menjadi kebiasaan jika Jad ada sebarang masalah, dia selalu datang dan meminta nasihat daripada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai menceritakan masalahnya, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruh untuk membukanya secara rawak. Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua helai darinya, menutupnya dan kemudian memberi nasihat dan jalan penyelesaian dari masalah Jad.

Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan tinggi.

14 tahun berlalu, kini Jad telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, manakala Ibrahim semasa itu berumur 67 tahun.

Ibrahim pun akhirnya meninggal dunia, namun sebelum dia meninggal, dia telah menyimpan sebuah kotak yang diberikan kepada anak-anaknya di mana di dalam kotak tersebut dia letakkan sebuah buku yang selalu dia baca setiap kali Jad meminta nasihat daripadanya. Ibrahim berwasiat agar anak-anaknya memberikan buku tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang pemuda Yahudi.

Jad hanya mengetahui kematian Ibrahim ketika anak lelakinya menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak, Jad pun berasa sangat terperanjat dan sangat sedih dengan berita tersebut, kerana Ibrahim lah yang selama ini memberikan jalan penyelesaian dari semua masalahnya dan Ibrahim lah satu-satunya teman sejati baginya.

Hari-haripun berlalu, Setiap kali dirundung masalah, Jad selalu teringatkan Ibrahim. Kini dia hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak yang selalu dia buka, di dalamnya tersimpan sebuah buku yang dulu selalu dibaca Ibrahim setiap kali dia datang meminta nasihat daripadanya.

Jad mencuba membuka helai-helaian buku itu, akan tetapi kitab itu berisikan tulisan berbahasa Arab sedangkan dia tidak boleh membacanya. Kemudian dia berjumpa dengan seorang rakannya yang berkebangsaan Tunisia dan memintanya untuk membacakannya dua helai dari buku tersebut. Sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka helaian buku itu dengan secara rawak semasa dia datang meminta nasihat.

Rakannya orang Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan makna dari dua helai yang telah dia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang dibaca oleh temannya itu, mengena seperti yang dialami Jad kala itu.
Kemudian Jad dengan penuh rasa teruja ini bertanya, “Buku apa ini !?”
Dia menjawab : “Ini adalah Al-Qur’an, kitab suci orang Islam!”
Jad seperti tidak percaya, sekaligus merasa takjub,

Jad lalu kembali bertanya: “Bagaimana caranya untuk menjadi orang Islam?”
Temannya menjawab : “Mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat!”

Selepas itu dan tanpa ada rasa ragu, Jad lalu mengucapkan Syahadat, dia pun kini memeluk agama Islam!
Kini Jad sudah menjadi seorang muslim, kemudian dia menukar namanya menjadi Jadullah Al-Qur’ani sebagai rasa hormat kepada kitab Al-Qur’an yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh masalah hidupnya selama ini. Dan sejak semasa itulah dia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya untuk mengabdi menyebarkan ajaran Al-Qur’an.

Jadullah mempelajari Al-Qur’an serta memahami isi kandungannya, kemudian dia berdakwah ke Eropah sehingga berjaya mengislamkan enam ribu Yahudi dan kristian.

Suatu hari, Jadullah membuka helaian-helaian Al-Qur’an hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba dia menjumpai sebuah helaian bergambarkan peta dunia. Pada semasa matanya tertuju pada gambar benua afrika, nampak di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu tertuliskan ayat :
((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ…!!))

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…” (Surah An-Nahl; 125)

Diapun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan dia memutuskan untuk melaksanakannya.
Beberapa waktu kemudian Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika dan di antaranya adalah Kenya, Sudan selatan (yang majoriti penduduknya adalah kristian), Uganda serta negara-negara yang laina. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6,000,000 (enam juta) orang dari suku kaum Zulu, ini baru satu suku, belum lagi dengan suku-suku lainnya.
Jadullah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika berumur 45 tahun kerana sakit semasa berdakwah, selepas 30 tahun berdakwah di benua Afrika.
Begitulah sejarah tentang Jadullah Al-Qur’ani, kisah ini merupakan kisah benar yang penulis dapatkan dan kemudian penulis terjemahkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelar “Syaikh Kaum

Revolusioner Mesir”. Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang mati syahid ditembak di dalam sebuah insiden di Mesir pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 silam.
Syeikh Imad Iffat
Kisah benar ini, isuhangat terbitkan adalah untuk kita renungi bersama di zaman penuh fitnah seperti ini. Semasa ramai orang yang sudah tidak mengindahkan lagi cara dakwah Qur’ani. Mudah mengkafirkan, fasih mencaci, menuduh orang lain sesat, mebenarkan bidaah, melaknat, memfitnah, padahal kita adalah sesama Islam.

Marilah kita pertahankan akidah Islam yang telah kita peluk ini, dan sebolehnya janganlah kita mempertikaikan keIslaman orang lain. Saling mengingati adalah baik, saling melindungi akidah sesama muslim adalah baik. Marilah kita sentiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang baik-baik saja.
Wallahualam Bis-Shawab

0 comment... add one now