Bayi Dimasak Kari

makan manusia,makan daging orang,kanibal,makan bayi,masak kari,
SUSPEK yang dihukum penjara semalam.

Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.
Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.

Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi


Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangkadan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan lautyang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

0 comment... add one now