Nora Danish Sekat 5000 Peminat Ghairah Sehari

Nora Danish menjadi artis tempatan paling popular di Instagram kerana mempunyai 800.000 pengikut.
instagram,nora danish,sekat peminat,


Bercakap kepada Pancaindera hujung minggu lalu, Nora Danish berkata beliau berterima kasih ke atas kesudian para peminat mengikuti perkembangan dirinya melalui Instagram namun mengakui tidak terlepas dari kesan negatif yang datang.

Sebagai ibu yang mempunyai anak,Nora Danish merasa amat malu dengan komen berbaur lucah dan mengaitkan komen ghairah itu dengan fizikal dirinya.
“Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikut di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain,” ujar Nora Danish.
Terbaru, Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampakkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen yang bukan bukan terhadap dirinya termasuk yang berbaur lucah.

“Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya,” ujar Nora Danish lagi kesal selain mengakui akan lebih berhati hati selepas ini. Bagus. Rotikaya
INFO: Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian foto dan rangkaian sosial secara dalam talian yang membolehkan penggunanya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti Facebook atau Twitter.

Ciri pembeza yang terdapat di dalamnya adalah seperti mengurung foto kepada bentuk empat segi yang kelihatan sama dengan Kodak Instamatic dan imej Polaroid yang mempunyai beza jelas sebanyak nisbah bidang 4:3 dan selalunya digunakan oleh peranti kamera mudah alih.

0 comment... add one now