Namun melalui Pancaindera,Erma Fatima memaklumkan dia redha dan bersyukur dengan perkahwinan orang yang dia sayang.Katanya dia rela dan tidak berhak untung menghalang kebahagiaan orang lain.
Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor. Apa pun, tahniah buat Bade dan isteri barunya. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
Ditanya sama ada mengetahui mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Erma berkata:-
Respon Erma Fatima agak mengejutkan kerana dia sebelum ini terkenal dengan ketegasan dan lantang bersuara.Mungkin memikirkan perkahwinan itu sudah pun berlaku tiada guna dia memikirkannya lagi.Semoga mereka bermadu dengan bahagia.
Ditanya sama ada mengetahui mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Erma berkata:-
Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.
Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.