Mungkin selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut,pihak yang berkaitan sudah mengurangkan 'job' Raja Azmi.Rata-rata orang ramai ketika itu mengharapkan Raja Azmi Insaf dan pergi belajar agama dengan lebih mendalam, kerana kenyataannya itu sememangnysa tersasar dari agama Islam.Atau mungkin juga tak tahan dikritik membuatkan dia memikirkan kembali kata-kata dan menimbulkan kesedaran.
Walau apapun Syukur Alhamdulillah.berikut penjelasan berhijab Raja Azmi :
Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak?
Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.
Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.
Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala
Akhirnya Raja Azmi kembali kepangkal jalan. InsyaAllah dipermudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki dunia akhirat.