Punca JAKIM U-Turn Kata Cadbury Tiada Babi

Punca JAKIM U-Turn Kata Cadbury Tiada Babi | Benda sensitif macam ni pun mereka boleh main-main.Sekejap kata halal.Sekejap kata haram.Berita terkini hari ini mengesahkan pula dalam coklat cadbury tiada dna babi.Punca  JAKIM U-Turn kata tiada babi adalah selepas ujian dilakukan lagi.




Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini selepas keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

“Dua produk itu dikesan tiada DNA babi selepas ujian terhadap sampel dari kumpulan yang sama yang diambil terus dari kilang syarikat itu, dijalankan.
“Keputusan yang dimaklukan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) – Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini.

-Memang pelik bila sekejap ada babi,sekejal tiada babi.Orang yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan ni patut dipecat jer.Harap-harap tiada kaitan juga dengan rasuah.,

0 comment... add one now