CUBA - Seorang jurugambar hidupan liar merakamkan aksi luar biasa apabila membawa anak perempuannya berenang bersama buaya.
Gambar yang dirakamkan menunjukkan Alexa Frink, 23, hanya berada beberapa inci daripada seekor buaya yang sedang membuka mulut semasa dia berenang di Jardines De La Reina, sebuah taman laut terbesar di Caribbean, di dunia.
Bapanya, Stephen Frink, 67, merakamkan Alexa berenang bersebelahan dengan reptilia sepanjang lapan kaki panjang dengan berat kira-kira 200 paun.
Frink memberitahu, anak perempuannya mula berenang sejak dia berusia tiga tahun.
Menurut Frink, beliau mengambil itu untuk menunjukkan persekitaran habitat kehidupan buaya yang sedang diancam kerana pembangunan.
"Gambar ini menunjukkan alam sekitar dan makhluk yang tinggal di habitat itu. Tetapi, apabila buaya menunjukkan giginya kepada kami, objektif fotografi menunjukkan kecekapan pemangsa buaya.
"Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan sudut lensa yang sangat luas dari dekat. Saya berpeluang merakam gambar menunjukkan gigi buaya daripada jarak dua inci," katanya.
Anak beranak itu menggelar buaya itu sebagai Nino.
Frink menjelaskan beliau tidak menghadapi masalah untuk merakam gambar dari jarak dekat.
"Ada punca akibat ketidaktentuan tingkah laku. Kami merasakan selamat kerana pergerakan buaya yang agak perlahan tetapi bukan jika ia bergerak dengan cepat," katanya. - MalaysianGazzet