Gambar Makcik Masako Mizutani Umur 47 Kekal Remaja

Ibu kepada seorang cahaya mata itu yang dilahirkan pada 15 September 1968 berkata, dia tidak pernah menjalani sebarang pembedahan untuk kelihatan cantik dan muda sebaliknya hanya mengamalkan beberapa petua.

TOKYO – Seorang model berusia 47 tahun menarik perhatian ramai di sini apabila memiliki rupa paras dan bentuk badan seperti seorang remaja.

Masako Mizutani yang dikenali sebagai ‘wanita kekal remaja’ itu mendedahkan rahsia kecantikannya di halaman Facebook bagi membantu kaum wanita yang berusia supaya kelihatan lebih muda.

“Salah satu petuanya ialah mengamalkan senaman pada setiap hari selain mendapatkan tidur yang secukupnya termasuk menjauhi amalan merokok.

“Anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang berkhasiat dalam satu hidangan misalnya buah-buahan, kekacang, susu dan sayur-sayuran termasuk mengamalkan diet yang seimbang dan makan sebanyak empat kali, namun dalam jumlah yang sedikit,” kata*nya.

Menurutnya, bagi mendapatkan kulit yang licin dan tidak mudah berkedut sebenarnya bergantung kepada cara diet dan faktor pemakanan.

“Apa yang paling penting untuk mengekalkan kulit kelihatan muda dan sihat adalah jauhi diri anda daripada kawasan kotor, berhabuk dan pencemaran,” ujarnya. – Agensi





http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4GZxY21FV

0 comment... add one now