Dia ada mengambil ubat daripada hospital dan hampir tujuh bulan sudah sihat (tiada gangguan mental), tetapi saya mula sedar dia mula tersenyum keseorangan selepas menyaksikan persembahan kuda kepang pada majlis perkahwinan di hadapan rumahnya, Jumaat lalu," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Suspek bunuh nenek dipercayai 'gila isim'
Tersenyum keseorangan lepas lihat pertunjukan kuda kepang
KOTA TINGGI: "Cucu saya tidak ambil barang terlarang (dadah), dia memang ada masalah mental yang diperakui pihak hospital," dakwa Bogiman Kario, besan kepada mangsa yang dipenggal kepalanya semalam.
Bogiman, 71, mendakwa cucunya mula mempunyai masalah mental (gila isim) selepas melihat persembahan kuda kepang di FELDA Ulu Belitong di sini, tahun lalu.
"Selepas itu cucu saya ada beberapa kali menjalani rawatan sebelum disahkan Hospital Permai, Tampoi yang dia mengalami masalah mental.
Semalam, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala dipenggal dipercayai oleh cucunya sendiri yang menghidap penyakit mental di kediamannya di FELDA Penggeli Timur, di sini.
SUSPEK lelaki yang juga cucu kepada nenek yang dipenggal kepala direman tujuh hari di Mahkamah Majisret Kota Tinggi. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Kota Tinggi: Suspek lelaki yang juga cucu kepada nenek berusia 76 tahun yang maut dipenggal kepalanya di FELDA Pengeli Timur dekat Kulai, petang semalam ditahan reman tujuh hari hingga Selasa ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi menaiki trak polis.
Malam tadi, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 8.30 malam dalam ladang sawit berhampiran lokasi kejadian, selepas dia melarikan diri sejurus kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek disyaki memenggal kepala neneknya dikenali sebagai Maimon Abdul Samad, sebelum warga emas itu ditemui dalam keadaan mengerikan.
Kepala mangsa ditemui di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuhnya berada di ruang dapur di bawah singki.
Kedua-dua kaki mangsa dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya.
Suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.
Hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah sebilah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.

MAIMON Abdul Samad.
Kulai: Nenek maut dipenggal cucu di Felda Pengeli Timur di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui dalam kedaan ngeri di rumahnya termasuk kepala yang dipenggal berada di hadapan pintu masuk rumah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa yang juga suri rumah itu dipenggal cucunya berusia 19 tahun yang tidak bekerja dan dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.
"Mangsa ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan berada di hadapan pintu masuk rumah, tubuhnya di ruang dapur di bawah singki.
"Kedua-dua kaki dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.
Katanya, suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran, namun usaha memburunya membuahkan hasil apabila ditahan 8.30 malam tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.