Guru Mencabul Di Makmal Komputer

Polis menahan suspek di sekolahnya kira-kira jam 3 petang dan berdasarkan temu bual awal, semua mangsa memberitahu suspek melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap mereka semasa berada di makmal komputer sekolah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini
(gambar hiasan)
BESUT: Seorang guru berusia 50 tahun di sebuah sekolah di Jerteh, ditahan polis setelah ibu bapa murid membuat aduan anak mereka dicabul, Isnin lalu

Semua ibu bapa kepada tiga murid berumur antara 9 dan 10 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Jerteh kelmarin setelah anak mereka mengadu mengenai perbuatan suspek itu

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata pada awalnya semua ibu bapa menemui guru besar sekolah berkenaan untuk membuat aduan namun akhirnya bersepakat membuat laporan polis

Guru terbabit didapati tiada sebarang rekod jenayah dan negatif dadah

Mohd Zamri berkata, semua mangsa akan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, untuk pemeriksaan lanjut

0 comment... add one now