Perancis Siasat Tuduhan Membunuh Tanpa Niat MH370

PERANCIS: Pendakwaraya Perancis telah melancarkan satu siasatan kehakiman untuk tuduhan 'membunuh tanpa niat' berikutan tragedi pesawat syarikat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menurut sumber jabatan kehakiman pada Jumaat.

Siasatan ini telah dilancarkan pada hari Rabu.

Empat rakyat Perancis ialah antara penumpang pesawat MH370, termasuk tiga pelajar dari sekolah Perancis di Beijing dan ibu kepada dua murid berkenaan.

Pesawat itu hilang pada 8 Mac dengan 239 orang di atas kapal dan carian telah diperluaskan setelah tiada penemuan di udara, dan misi pencarian sekarang berada di koridor selatan Lautan Hindi.

0 comment... add one now