Kali ini, percutian mereka mengambil tempat di pulau Koh Samui, Thailand dan beberapa keping gambar mereka sedang berseronok di sana telah dikongsikan oleh Che Ta di akaun Instagram miliknya. Salah satu keping yang dikongsikan beliau menarik perhatian peminat iaitu gambar romantik mereka di atas katil.
Che Ta kelihatan begitu anggun dan cantik manakala Zain Saidin pula kacak bergaya. Mereka umpama pasangan suami isteri yang baru beberapa hari mendirikan rumahtangga. Terserlah kebahagian yang sedang dikecapi mereka ketika ini.